AS-SYAHID SAYYID QUTB (Tanggal 29 Ogos 2008, genaplah 42 tahun - TopicsExpress



          

AS-SYAHID SAYYID QUTB (Tanggal 29 Ogos 2008, genaplah 42 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.) Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini. "Kezaliman walau sekuat mana pun akan hancur, Kebenaran walaupun kelihatan lemah, namun ia akan muncul."
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 09:07:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015