“Abang Arul?” “Hmm?” “Tu apa?” Suara Wawan - TopicsExpress



          

“Abang Arul?” “Hmm?” “Tu apa?” Suara Wawan menyuruhnya meneka. Asrul mengalih arah pandangan dari tengah langit kosong tanpa awan ke arah hala tuju hulung telunjuk Wawan pada pasir. “Tu apa?” Dia mengulang dengan kening sedikit berkerut. Wawan angguk dengan sengih. “Apa?” Asrul kembali memandang serpih cengkerang laut yang hanya tinggal separuh dari jasad asalnya tu. “ Cengkerang siput laut yang dah pecah.” Tak ada apa yang istimewanya pun.Dah pecah.Warna dah pudar kusam.Dah nak makin menjadi serpih yang bakal bersatu dengan pasir pantai.Tak ada makna,tak ada erti. Giliran dari Wawan pula yang berkerut. “Apa la Abang Arul ni.” Dia menjuihkan bibir. “Tak pandai la Abang Arul ni.” Ek ena....Nak terjatuh rahang Asrul merenung Wawan.Suka-suki je dia mengata aku.Tau tak aku ni nak sambung Master?Ingat tak payah perah otak arkitek aku ni ke nak dapat sambung belajar tu? “Tu...sebenarnya.....Coco the Crab punya kulit.” Wawan mengangguk-anggukkan kepala.Mengalahkan gaya pensyarah tengah bagi kuliah. What the.....Coco the Crab?Coco the Crab mana pulak ni?Berkerut dahi Asrul merenung Wawan. “Coco?” Wawan masih merenung pantai. “Coco tu duduk dalam laut dengan ummi dan babah dia.” Wawan memberitahu gaya penglipurlara buka cerita. “Ummi dengan babah dia sangat sayang Coco.Umi dengan babah dia bagi dia makan banyak-banyak tiap-tiap hari sebab nak dia cepat besar.Coco pun jadi cepat je besar.Lepas tu kan kulit dia jadi tak muat.Dah jadi ketat.” Asrul merenung Wawan yang masih bersungguh-sungguh bercerita.Berbelah-bahagi sama ada nak terguling ketawa atau pitam mendengar cerita yang entah datang dari mana asal-usulnya tu. “Bila kulit dia dah ketat tu,dia kena la salin kulit.Bila dia salin kulit baru,ombak dalam laut tu pun bawak lari kulit lama dia.” Wawan menuding telunjuknya ke arah ombak yang berkejaran menghempas pasir pantai di hadapan mereka. “Ombak air laut tu bawak kulit lama Coco tu jauuuuhhh dari dalam laut.” Muncung-muncung mulut Wawan nak menekankan betapa jauhnya rumah Coco tu. “Jauh mana?” Asrul menahan ketawa. “Jauh la.” Wawan buat muka masam tanda tak mahu perjalanan ceritanya diganggu. “Okay...okay....” Asrul angkat kedua belah tangan. “Lepas tu.....” Wawan terhenti. “....kat mana tadi kita berhenti?” Dia menggaru kepala. Uh....“Kat rumah Coco yang jauh?” “Haa...” Wawan mengangguk-angguk. “Rumah Coco tu sangat jauh kat dasar laut.Lepas tu ombak pun bawak kulit lama Coco tu naik ke atas pantai.Masa nak naik tu habis berlanggar dengan batu karang dengan batu semua tu.Lepas tu kulit lama tu pun tersagat hancur-hancur sikit.Yang hancur-hancur tu la yang jadi pasir.” Wawan mendepangkan kedua belah tangannya menunjukkan pasir yang terbentang luas di hadapan mereka tu. Dari serpih halus tak ada makna tu,ada cerita panjang di sebaliknya dari kaca mata seorang anak kecil rupanya. Orang yang dah lama hidup hanya nampak pasir biasa. Ironi. Asrul hanya mampu memejamcelik mata.Coco the Crab,indeed. ___________________ Hanya kerana kita bernama dewasa, tak bermakna kaca mata kita ini benar belaka. Imaginasi dan mimpi, membentuk realiti. Terima kasih kerana mendidik, adik Wad Pediatrik. [ Hlovate]
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 17:17:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015