Adakah Ibubapa bersedia dengan kenaikan harga Tadika/Taska mulai - TopicsExpress



          

Adakah Ibubapa bersedia dengan kenaikan harga Tadika/Taska mulai 2014? Kami pengusaha tiada pilihan lain melainkan terpaksa menaikkan harga yuran demi mengikut ketetapan perlaksaanaan gaji minimum dan juga mengikut ketetapan kuota budak dan pengasuh oleh JKM. Yuran Taska Di Kedah Bakal Melambung SUNGAI PETANI – Yuran taska atau pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini dijangka meningkat sehingga maksimum 80 peratus bagi menampung pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM900 yang disarankan kerajaan. Pengerusi Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Kedah, Ku Rahmah Ku Bahari berkata, kenaikan itu boleh mencapai 30 hingga 60 peratus dalam masa terdekat memandangkan pelaksanaan gaji minimum perlu dilakukan Januari 2014. Menurutnya, kebanyakan pekerja taska kini hanya menerima gaji sekitar RM500 dan ketetapan sebanyak RM900 menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus perlu dilakukan. “Sekiranya gaji pekerja perlu dinaikkan sehingga 80 peratus, ini bermakna yuran kanak-kanak juga harus seimbang,” katanya ketika memberi penjelasan dalam pertemuan antara ahli persatuan dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini. Hadir sama kira-kira 200 ahli persatuan seluruh Kedah. Ku Rahmah berkata, walaupun saranan gaji minimum sudah ditetapkan sebelum ini, namun ahlinya masih belum melaksanakannya kepada pekerja berikutan masih belum mampu mencapai tahap berkenaan. “Setakat ini yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak masih rendah sekitar RM200 sehingga RM280 seorang bagi kawasan bandar, manakala RM150 sehingga RM200 bagi kawasan luar bandar,” katanya. Menurutnya, gaji minimum yang disarankan sebanyak RM900 adalah pendapatan bersih dan bagi memenuhi hasrat itu, majikan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM1,100 termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso). Hadir sama menyampaikan taklimat, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Sungai Petani, Naziyah Said dan Pegawai Tenaga Kerja Kanan Sungai Petani, Nor Azizan Yusof. Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Perundangan dan Advokasi JKM Kedah, Noor Dzila Mansor dan Penolong Pegawai Unit Perundangan dan Advokasi, Sarina Sarif hadir menyampaikan taklimat mewakili JKM. Ku Rahmah berharap pemberian subsidi kali pertama pada tahun ini yang bakal dilaksanakan kepada ibu bapa akan terus diagihkan bagi membantu meringankan beban, di samping melancarkan pelaksanaan gaji minimum. Bagaimanapun, katanya, pemberian subsidi perlu dikira berdasarkan kelayakan iaitu bergantung kepada pendapatan perkapita isi rumah. Beliau berkata, pelaksanaan gaji minimum juga mengundang isu ‘politik majikan’ iaitu bayaran gaji lebih rendah dengan jumlah yang tertera di slip gaji (RM900) bagi mengelakkan majikan disaman berikutan tidak mampu ikut saranan gaji minimum. Mengikut perkiraan, sekiranya peningkatan dibuat sebanyak 80 peratus, yuran taska kanak-kanak bakal meningkat kira-kira RM270 sehingga RM500 seorang di negeri ini. – Sinar Harian
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 05:52:14 +0000

Trending Topics




© 2015