Ahli Sunnah Wal Jamaah: 73 Jalan, Yang Sampai Hanya 1 Jalan Dari - TopicsExpress



          

Ahli Sunnah Wal Jamaah: 73 Jalan, Yang Sampai Hanya 1 Jalan Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “ Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “ Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. ” (Tirmizi)Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa umatnya akan menuruti apa yang dilakukan oleh Bani Israil. Antaranya ialah berzina dengan ibu mereka sendiri. Umat Nabi Muhammad juga akan berpecah- belah disebabkan hasad dengki sepertimana yang berlaku ke atas Bani Israil. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu, iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.” Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api memakan (menjilat) kayu kering.” (Hadis riwayat Tarmizi). 73 jalan, yang sampai hanya satu jalan Daripada 73 puak (jalan akidah) dikalangan umat Muhammad hanya satu (1) puak yang layak memasukki syurga. Satu-satunya puak yang terselamat daripada siksa azab neraka ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mereka yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan jamaahnya iaitu para sahabat Baginda Mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham , berjaga- jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah] Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang- bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.” Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a.
Posted on: Sun, 07 Jul 2013 17:55:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015