Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik - TopicsExpress



          

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen. Setiap atom hidrogen mempunyai satu proton di dalam nukleus dan satu elektron mengorbit nukleus. Nukleus atom oksigen pula terdiri daripada lapan proton. Mengorbit nukleus atom oksigen ialah lapan elektron yang bercas negatif. Dua elektron mengorbit petala yang berhampiran dengan nukleus, manakala enam elektron lagi di petala luar. Petala luar ini masih tidak lengkap dan memerlukan dua elektron lagi untuk menstabilkan aras tenaga. Elektron-elektron tambahan ini disumbangkan oleh hidrogen memandangkan atom hidrogen mempunyai ruang untuk satu lagi elektron. Disebabkan ini, dua atom hidrogen dan satu atom oksigen boleh bergabung dan membentuk H2O, formula kimia yang kita semua kenali. Disebabkan daya penolakan dua atom hidrogen antara satu dengan lain, maka kedua-dua atom hidrogen terpisah pada sudut 105. Konfigurasi ini menghasilkan molekul air yang asimetri. Ikatan atom yang membentuk molekul air merupakan ikatan kovalen yang berasaskan perkongsian elektron. Walau bagaimanapun, disebabkan bilangan proton di dalam atom oksigen lebih besar daripada atom hidrogen, pasangan elektron yang dikongsi lebih hampir dengan atom oksigen. Ini bermakna perkongsian elektron adalah tidak sama. Atom oksigen mempunyai tarikan yang lebih terhadap elektron yang dikongsi. Oleh itu, oksigen lebih elektronegatif kerana seolah-olah mempunyai sedikit cas negatif. Disebabkan oleh kehilangan sebahagian daripada komplemennya, atom hidrogen pula bertindak seolah- olah membawa sedikit cas positif. Disebabkan taburan cas yang tidak sama, molekul air dikenali sebagai molekul dwikutub. Molekul air bertindak sama seperti magnet, satu hujungnya bercas positif dan satu hujung lagi pula bercas negatif.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 03:07:28 +0000

Trending Topics



recent article on the lawsuit to
Soniq Theater – Heavensent: youtu.be/EHrqfFDUVI8 The final cut
Now am I trying to win the favor of men, or of God? Do I seek to
Good morning, dear friends! Happy happy Thanksgiving to you! This
Urgent appeal of donation for the construction of completely
*INFO* . . . . . . . . Kartun favorit Member
Time to stop an Israeli ship again What: Mass march and
Kung may PANGARAP ka sa BUHAY, hindi mo dedeadmahin ang Supreme

Recently Viewed Topics




© 2015