Ajoi seorang pekerja IT yang hardcore, satu hari dia terlambat - TopicsExpress



          

Ajoi seorang pekerja IT yang hardcore, satu hari dia terlambat datang ke ofis. Ajoi : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.” Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?” Ajoi : (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.” Boss : “aaaaa?………..baru bangun tidur ke maksudnya?” Ajoi : “Yes, boss!” Boss : “Sudah! Sekarang keluarkan assignment semalam!” Ajoi : “Loading……… (sambil membongkar begnya) Satu file dijumpai! Nasib baik tak didelete ke recycle bin.” Boss: “Kenapa kamu ni cakap bukan-bukan?” Ajoi : “Pelik camana boss ? Saya belum lagi crash! Nanti boss merestart saya, lagi!” Boss : “Pelik betul cakap-cakap kamu ni….” Ajoi : “Tidak apa-apa, boss. Semalam saya kena buffering screen. Baru buat refreshing hardware.” Boss : “Baik kamu ke klinik, check kesihatan.” Ajoi : “Okey, boss. Enter!, saya sign out dulu yek” Di klinik…. Doktor : “Ada apa, Encik?” Ajoi : “Saya di command prompt boss saya ke sini.” Doktor : “Haah?? di apa??” Ajoi : “Dicommand prompt, doktor! Beliau kata saya error.” Doktor : “Haah?? Error??” Ajoi : “Iya, Doktor! Jangan-jangan beliau yang tak pernah update kerana CPU tidak connect ke internet. atau selalu saja hang, doktor” Doktor : “Apasal kamu ni? Cakap yang bukan-bukan? ” Ajoi : “Oh sheet! Motherboard!! LAN it!!! Bit!!!!” Doktor : “Kamu memaki saya ker?” Ajoi : “La ih doktor ni … doktor yang spam!!!!! Gaya dah la macam trojan.exe!!!!!!” Doktor : “Berani kamu marah saya? Keluar dari klinik saya ni!” Ajoi : “Eh… doktor…. tolong cancel, doktor!!!!Nanti saya dideny access oleh boss saya… !”
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 09:35:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015