Alat sulit wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling - TopicsExpress



          

Alat sulit wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik. Ada wanita yang kurang mengambil berat mengenai kebersihan alat sulit mereka dan boleh menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, anda perlu membaca dan mengetahui tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita agar sentiasa terpelihara dan bersih . 1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar, harus membilasnya sampai bersih, iaitu dengan membasuh menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak. 2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Kita tidak mahu ini terjadi ya para wanita! 3. Gantilah seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Pastikan memilih seluar dalam yang mudah menyerap peluh yang diperbuat daripada kapas. 4. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menekan otot faraj dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans, dan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut. 5. Elakkan penggunaan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan saja ya. 6. Gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang lembut dan kering sehingga tidak menimbulkan iritasi ketika anda datang haid. Selain itu gantilah pad sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium tumbuhnya kuman penyebab jangkitan. 7. Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim. *Bagi menjaga bahagian alat sulit V-Zone, gunakan produk yang sepatutnya yang tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan. Merupakan produk penghasilan kerjasama MARDI dan kelulusan KKM serta SIRIM. Memperkenalkan produk
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 09:32:34 +0000

Trending Topics



class="stbody" style="min-height:30px;">
TWO-STEPPING YOUR MONEY

Recently Viewed Topics




© 2015