Alfatihah buat mangsa (baby&sumayah), Nazirul mubin bin nasruddin - TopicsExpress



          

Alfatihah buat mangsa (baby&sumayah), Nazirul mubin bin nasruddin adalah senior yg baik di SMK Segambut jaya & KISAS, semoga terus tabah . from Mpmm Jordan Jordan ||LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|| Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut : 1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia) Universiti Kolej London. Tahun 1. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Pengkhususan : Astronomi Fizik. Asal : Kedah. 2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera) London School Of Economy. Tahun 4. Pengkhususan : Ekonomi. Tajaan: Bank Negara. Asal : Perak. 3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu- Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Pengajian Islam. Tajaan : Persendirian. Asal : Kelantan. 4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera) Universiti Yarmouk Tahun 3. Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Asal: Kuala Lumpur 5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi) Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Persendirian. Asal: Kelantan. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik. Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ dan Saudari Naimah Naimah Akmar, Ketua HEWI PERMAI. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera.
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 10:56:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015