…Allah berfirman pada hari kiamat: “Hai Adam! Bangkitlah, - TopicsExpress



          

…Allah berfirman pada hari kiamat: “Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan) dalam neraka dan satu (di antara mereka itu akan ditempatkan dalam syurga) .” (Ketika Rasulullah menerimanya kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis tersedu-sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis lalu baginda bersabda: “Angkatlah kepalamu, Demi Allah Yang Menguasai jiwaku. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain, umatKu hanyalah bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam…” (Hadis qudsi riwayat Tabrani didalam kitab al-Kabir dari Abu Darda’ r.a.) 99.9% ke neraka, dan dengan kiraan mudah bagi populasi Malaysia berjumlah 28 juta, maka hanya 28,000 orang ke syurga, dan bersamaan 2% daripada jumlah penduduk Subang Jaya, Selangor. Oleh itu sekira kita meninggal dunia hari ini, keberangkaliannya 99.9% kita ke neraka, tiada peluang lagi. Faktor utama ialah riba, dan wang kertas. Mari kita lihat petunjuk diberikan Allah SWT mengenai riba. Perkara riba (Surah al-Baqarah:279) diturunkan kepada nabi terakhir, di dalam kitab yang terakhir, dan di dalam kitab terakhir pula ianya menjadi wahyu terakhir, dan diturunkan pula semasa umur terakhir Rasulullah SAW (lebih kurang 81 hari sebelum wafat). Sifat kesemuanya sebagai “akhir” menunjukkan Allah SWT memberi amaran riba adalah bahaya terbesar yang akan dihadapi umat akhir zaman. Riba adalah senjata utama kaum kafir menguasai orang Islam; The Prohibition of Riba Namun itu sebahagian ulama dan pemimpin tidur lena dibuai nafsu. Mereka mengetahui wang kertas dahulu gandaan dari nilai wang emas dan adalah riba. Mereka juga mengetahui rizab emas telah dihapuskan semenjak 1971 dan dan sistem gandaan sama digantikan dengan berasaskan Eligible Liabilities. Namun itu mereka membuat pilihan, dan pilihan mereka kesenangan dunia! Pilihan mereka ialah menjadi bangsa Ya’juj & Ma’juj dan melakukan kerosakan. Oleh itu kita dapat meramalkan hadis ramai manusia tertipu dan hidup melanggar ketetapan agama Allah ini. 99.9% akan ke neraka dan KEKAL selama-lamanyanya di neraka. Kini siapakah yang masih tidak malu mengaku dirinya beriman, walaupun hakikatnya sedang berperang melawan Allah dan Rasulullah saw (al-Baqarah:279)? Mungkin atas ini hadis tiada lagi orang beriman dan mengucapkan kalimah pada akhir zaman menjadi benar. Hadis tidak dapat menemukan seorang untuk menjadi imam dalam solat jemaah adalah benar kerana imam sendiri bergelumang dengan dengan riba wang kertas, pinjaman rumah dan pinjaman kenderaan. Hadis tersebut merujuk hari ini, dan bukan zaman masa hadapan. Ini kerana siapakah sanggup tidak menggunakan wang kertas dan membuat pinjaman? Siapakah sanggup berhijrah tinggal di hutan demi memelihara imannya? Ya! 99.9% tidak sanggup, dan lebih teruk, malahan sanggup berhujah serta membuat strategi untuk menghalalkannya. Kenapa? kerana mereka tidak yakin kepada Al-Quran dan agama Islam. Syarat taubat Ada juga yang percaya “Aku masih boleh bertaubat kemudian dan boleh menangguhkan masalah ini”. Oleh itu mereka menyatakan persoalannya samada taubat diterima Allah swt. Makan cubalah baca dan fahamkan sendiri ayat di bawah:— Maksudnya: “..Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya..”; al-Quran: an-Nisaa:17 Maksudnya: “…Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar…”; al-Quran: an-Nisaa:137 (Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik (9:80) Keterangan jelas nyata. Namun saya pasti mereka mempunyai terjemahan bercanggah maksud sebenar. Silakan dan Allah membiarkan mereka hidup berimaan dengan sangkaan mereka beriman dan sempurna. Allah tidak mempertimbangkan amal baik dan mereka disesatkan tanpa disedari hingga ke nafas terakhir. Diakhir hayat mereka akan sedar kesesatan mereka tetapi mendapati telah terlampau jauh untuk pulang ke pangkal jalan. Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka… oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak…”; al-Quran: al-Kahfi:103-106 Maksudnya: “..Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim…”; al-Quran: ali-Imran:86 Balasan mereka yang kufur terhadap ayat Allah SWT ialah tiada hidayah dan beriman dengan sangkaan semasa kehidupan. Mereka menyangka merekalah orang sebenar-benarnya beriman dan sempurna. Ini kerana Allah SWT menurunkan keterangan jelas nyata tetapi mereka menyembunyikannya dengan mencampur-adukkan yang benar dan batil. Maksudnya: “…Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya…”; al-Quran: ali-Imran:71 Surah al-Baqarah menyatakan riba haram, dan perniagaan halal, dan keterangan ini jelas. Kategori perniagaan dalam Islam sangat terhad, manakala kategori riba luas dan mempunyai 73 jenis. Setiap yang bukan perniagaan yang sah dalam Islam adalah riba!! Riba kita ketahui hari ini hanyalah riba pinjaman dan wang kertas. Kita masih tidak arif riba perniagaan melibatkan 72 jenis lainnya. Selanjutnya Allah menegaskan keteranganNya jelas nyata . Oleh itu bagaimana mereka masih berhujah keterangan Allah kabur dan membenarkan riba? Adakah mereka beriman dengan Al-Quran? Adakah keterangan Allah kabur atau mereka yang sebenarnya tidak mendapat hidayah kerana gemar mencampuradukkan iman dengan kezaliman mengikut hawa nafsu Maksudnya: “…Orang–orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk…”; al-Quran: al-An’aam:82 Agama Sekular US Dollar Pelan penguasaan dunia Knights Templar Bagaimana ini boleh berlaku dan kenapa mereka menyatakan keterangan Allah kabur? Ini kerana mereka ulama berfahaman kapitalis dan sekular yang diwujudkan melalui sistem Knights Templar. Mereka mengikut agama Lucifer (Iblis) yang tertera pada pada US Dollar, “Novus Ordo Secular”, iaitu “Secular New Order”. Ya! agama dianuti Iblis adalah SEKULAR! “…Luciferianism is the product of religious engineering, which sociologist William Sims Bainbridge defines as “the conscious, systematic, skilled creation of a new religion” (“New Religions, Science, and Secularization,” no pagination). In actuality, this is a tradition that even precedes Bainbridge. It has been the practice of Freemasonry for years. It was also the practice of Masonry’s religious and philosophical progenitors, the ancient pagan Mystery cults…”; Luciferianism: The Religion of Apotheosis Ciri-ciri dan contoh lain seperti di bawah: “…LaVey briefly outlines the few Satanic holidays. The most important holiday in Satanism is one’s own birthday, as the birth date of one’s own god. To a Satanist, you are the most important being in the universe, and celebrating your own birthday honors your own vital existence… Satanism does not specifically forbid the celebration of any holidays or festivals held by other cultures or even other religions. Entirely secular holidays are commonly celebrated by Satanists either for personal reasons or merely as an excuse to have a good time. It is not entirely uncommon for Satanists to even celebrate overtly Christian holidays such as Christmas, though the religious trappings are generally stripped from the holiday, secularizing it. Many Satanists, however, either transfer such holidays as Christmas to the Winter Solstice and either place a darker spin on it or secularize it entirely, or decline to celebrate such holidays altogether.…”; The Satanic Bible (Download) Tidakkah ini yang diamalkan kita selama ini? Ya!! Inilah matlamat mereka semenjak ratusan tahun dahulu (Strategi terperinci terkandung dalam Protocol of Zion). Matlamat membentuk masyarakat beragama teknologi, kapitalis dan sekular yang Islam di mulut, tetapi menentang agamanya melalui hati, kepercayaan dan perbuatan, “One World Religion”. Matlamat secara melabelkan dan mengasingkan agama dari kehidupan dunia.
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 04:35:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015