Aneh sungguh mereka yang jahil ini kerna demi kedudukkan dan darjat sanggup menafikan kenyataan sejarah bangsa melayu dahulu, semua ini agar sejarah fantasi penceritaan mereka menjadi lebih nyata lagi berbanding sejarah realiti. Sudahlah mereka berpuluh tahun hidup dalam kemewahan namun mereka lupa tuntutan agama diakhir zaman. Sehinggakan Undang Undang Kedah yg diiktiraf oleh Perpustakaan Negara Malaysia sebagai sebuah karya bertaraf Agong sanggup didustai oleh mereka sebagai fitnah dari pihak kami. Beginikah sikap seorang yg kononnya menguatkuasakan undang undang? Kenapakah Al Tarikh Salasilah tidak mendapat pengiktirafan sedemikian? Sesungguhnya kami dengan izin Allah tidak akan tumbang dengan mudah sepertimana Raja Langkasuka yg muncul tiba-tiba membuat tuntutan kelabu. Sesungguhnya kami tidak menggangap ini sebagai permainan licik sepertimana pihak mereka yang kononnya berpasukan namun jahil mengenai tuntutan agama. Bukankah tercatit Khalifah dan hukum hudud dalam Undang-Undang Kedah?. Adakah puak yang meminum air sami Buddha, yang mengahwinkan anak dengan Francis Light tanpa menukar agama, meminum arak, yang dikatakan menguatkuasakan undang-undang Islam? Pada mereka kami dianggap si Luncai oleh namun kami tetap redha dengan ketentuan Illahi. Bukan kami yang mencari pihak yang ingin menegakkan dan memartabatkan agama Allah semula di tanah air tercinta ini. Wasiat yang kami pegang berserta Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah adalah wadah kebangkitan ummah akhir zaman.
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 21:51:46 +0000