Antara Cara Mengenali Seseorang Itu Syiah atau Terpedaya Dengan - TopicsExpress



          

Antara Cara Mengenali Seseorang Itu Syiah atau Terpedaya Dengan Syiah Tujuan risalah ini ditulis supaya masyarakat lebih peka dan sedar akan ciri-ciri seseorang itu berfahaman Syiah dan mereka yang telah terpengaruh dengan taqiyyah Syiah. Semoga risalah ringkas ini kita dapat mengenali dan menjauhi penipuan licik mereka. Risalah ini ditulis hanya dari sudut perbuatan mereka secara tidak langsung sahaja yang kurang diberi perhatian. 1. Memuji Khomeinei sebagai pemimpin yang unggul. 2. Memuji para pemimpin Syiah seperti Basyar Assad, Hasan Nasrulllah dan lainnya. 3. Memuji dan membangga-banggakan Republik Iran sebagai negara yang unggul. 4. Sering menyebut perbezaan Syiah dan Ahli Sunnah hanyalah masalah furu’iyah (perkara cabang atau khilaf dalam hukum) dan bukan dari segi akidah serta tidak perlu dibahas. 5. Taqiyyah atau bermuka-muka atau berdusta. Bila bersama Ahli Sunnah dia mengatakan perkara lain, bila bersama Syiah dia mengatakan perkara yang lain. 6. Meletakkan gambar-gambar tertentu kononnya gambar Ali ra di rumah-rumah mereka atau pada gambar profil mereka di FB. 7. Menolak kepimpinan Khalifah ar-Rasyidin (Abu Bakar ra, Umar ra dan Uthman ra) dan hanya menerima Ali ra seperti yang terdapat dalam buku/novel Faisal Tehrani. 8. Memuji melampau-lampau terhadap Ahlul Bayt (ahli keluarga Nabi Muhammad saw). Menceritakan kesusahan dan fitnah terhadap Ahlul Bayt. Lalu sedikit demi sedikit mereka menceritakan kononnya para sahabat Nabi Muhammad saw telah menzalimi Ali ra, Fatimah rha dan Husein ra. Selain itu mereka turut mencela para isteri Nabi Muhammad saw sebagai pelacur dan seumpamanya. 9. Menuduh Ahli Sunnah sebagai Wahabi atau Salafi Wahabi. 10. Berqasidah atau bernasyid dengan cara mencipta selawat ke atas Nabi Muhammad saw (bukan menurut tatacara selawat yang diajar oleh Nabi Muhammad saw) sambil menepuk-nepuk dada dan peha. Kredit kepada Abu Nur.
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 11:56:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015