Antarabangsa kawal senjata kimia disambut baik 12 September 2013 - TopicsExpress



          

Antarabangsa kawal senjata kimia disambut baik 12 September 2013 * KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menyambut baik cadangan agar senjata kimia Syria diletakkan di bawah kawalan antarabangsa dalam usaha mencari penyelesaian terhadap krisis di negara itu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan OIC, Ihsanoglu turut menegaskan tentang perlunya Timur Tengah dibebaskan daripada senjata pemusnah besar-besaran. Beliau juga menyatakan tentang pentingnya bagi Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu mengambil langkah untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria serta menghukum pihak yang didakwa menyebabkan kematian orang awam melalui penggunaan senjata kimia, kata kenyataan itu. Kumpulan pembangkang utama Syria mendakwa kerajaan Syria menggunakan senjata kimia dan membunuh hingga 1,300 orang setakat ini. Bagaimanapun, menurut laporan, Damsyik menyangkal dakwaan itu. Laporan juga menyebut bahawa cadangan yang disuarakan Rusia itu meredakan ketegangan berikutan rancangan Barat untuk menyerang regim pimpinan presiden Syria Bashar Assad. Menteri Luar Syria Walid al-Moualem dipetik sebagai berkata kerajaan negara itu menerima cadangan Rusia agar senjata kimia Syria diletakkan di bawah kawalan antarabangsa bagi mengelak kemungkinan Syria menjadi sasaran serangan tentera. - Bernama S,H
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 10:43:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015