Anwar Dan Pilihanraya kecil N.25 : Siri 1 Oleh : Abdul Rahman - TopicsExpress



          

Anwar Dan Pilihanraya kecil N.25 : Siri 1 Oleh : Abdul Rahman Pada 27 Januari 2014 Adun PKR N.25 Kajang YB.Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan dan perkara ini telah diumumkan oleh Speaker DUN Selangor YB.Hanna Yeoh. Perkara ini telah mengejutkan ramai pihak termasuk rakyat dan pimpinan PR mahupun UMNO terpinga pinga dengan apa yang berlaku. Seluruh negara terkejut dan tertanya tanya apa yang berlaku. Pelbagai spekulasi yang timbul. Ada yang tepat, ada yang tidak tepat dan ada yang menghampiri tepat. Jadi saya Abdul Rahman (Nama samaran) ahli PKR ingin membawakan kepada anda maklumat dari War Room PKR yang merancang dan melaksanakan plan ini secara detail. Sebelum saya pergi jauh, mungkin ramai yang tertanya siapa saya, kenapa mendedahkan dan apa yang saya dapat? Saya terpaksa memakai nama samaran kerana bimbang saya akn diblock dari kumpulan yang merancang segalanya yang berlaku. Saya terpaksa mendedahkan kerana saya melihat usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sedang giat diusahakan hanya kerana kepentingan PKR dan pemimpinnya. Saya bimbang Selangor akan hancur ditangan yang tidak sepatutnya. Semoga pendedahan saya akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia amnya dan pengundi Dun Kajang khususnya. Ketika rakyat sedang marah dan terkejut dengan tindakan PKR Rafizi tampi memohon maaf dan menjelaskan ianya terpaksa dilakukan for greater good. Ianya turut disokong oleh pimpinan PAS seperti Khalid Samad. Saya boleh katakan bahawa ianya adalah satu pembohongan dan ianya dirancang bukan kerana rakyat. Tetapi kepentingan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) semata mata. Berikut adalah sebab kenapa perkara ini dirancang dan dilaksanakan. Antara perancang utama dalam isu ini yang dikenalpasti, antaranya Rafizi Ramli,Rahim Ghouse dan beberapa orang yang lain. Sebab rancangan : 1. Team Azmin sudah nekad mahu menjatuhkan TSKI. Sejak dari selesai PRU13 team Azmin sudah mula melancarkan serangan dan usaha untuk mengangkat Azmin ke jawatan MB. Kenapa? Sudah tentu kerana duit dan peluang mengkayakan diri yang ada di Selangor. TSKI seorang yang amanah dan tidak akan beri satu sen pun duit rakyat kepada PKR walau pun berkali kali dipaksa dan diarahkan DSAI sendiri. Akhirnya team Azmin merancang menjatuhkan TSKI atas isu PKNS. Namun TSKI bijak dan mengambil tindakan terhadap orang orang Azmin dalam PKNS yang buat onar. Usaha Azmin juga mendapat tentangan dari rakan rakan DAP yang tidak mahu Azmin jadi MB. Azmin juga pernah mengugut sekiranya TSKI tidak diturunkan dari jawatan MB maka Azmin akan membawa 9 Adun kepangkuan UMNO. Dengan 12 Adun sedia ada dan dicampur pengkhianat seramai 9 orang makan Azmin perlu membeli baki 9 orang untuk kerajaan Selangor jatuh ketangan UMNO. Oleh kerana inilah DSAI dan Team mengambil tindakan menjatuhkan TSKI dan naik menjadi MB. Kenapa tidak gantikan MB dari PAS? Anwar belajar dari Perak. Nizar tidak beri sesen pun kepada DSAI. Jika MB dari PAS naik DSAI akan berputih mata. 2. Menutup cerita Nurul Izzah Umum tahu Nurul Izzah dan Suaminya mahu bercerai. Saya tidak mahu membuka aib keluarga DSAI. Namun setelah isu ini bocor kepada media Nurul Izzah telah menarik permohonan cerainya dan kononnya kembali baik dengan suaminya. Semua ini lakonan semata mata. Isu ini jauh dari selesai. Episodnya masih panjang. PRK N.25 adalah diversion kepada isu keluarga DSAI. Apatah lagi pemilihan PKR sedang menghampiri dan Karier Nurul Izzah dalam PKR sedang diuji. Maka rakyat dipertaruhkan sekali lagi untuk kepentingan peribadi DSAI dan PKR. 3. TSKI menutup segala pintu bilik duit Selangor Sekiranya kita ingat pejabat PKR pernah diarah dikosongkan kerana kegagalan PKR membayar RM 2juta sewa tertunggak. DSAI mengarahkan TSKI membayar tunggakan itu menggunakan duit Kerajaan Negeri Selangor. Namun TSKI menolak atas dasar tidak mahu menyalah gunakan wang Kerajaan negeri selangor. Ketika PRU 13 juga TSKI diarahkan DSAI untuk memberikan duit untuk jentera PKR berkempen. Namun TSKI sekali lagi tegas dalam menjaga duit kerajaan negeri. Satu lagi kes berlaku diKuala Selangor. Dizaman UMNO memerintah Selangor, mereka telah memberikan 1000 ekar tanah kepada seorang kroni cina. Apabila TSKI naik beliau melakukan pemutihan dan menghantar notis saman terhadap semua kes kes seperti ini. Maka kroni cina ini pun berjumpa DSAI dan memberikan habuan serta meminta diselesaikan kes beliau. DSAI mengarahkan TSKI menarik balik saman. Namun TSKI menolak kerana ianya harta rakyat. DSAI yang berang terhadap tindakan TSKI membuat keputusan TSKI mesti dipecat. Atas sebab sebab inilah TSKI mesti dibuang dari jawatan MB. PKR dan DSAI sudah tidak boleh menerima sifat amanah TSKI yang menghalang mereka melakukan rompakan keatas wang rakyat. Jadi adakah kita mahukan DSAI sebagai MB? Lebih lebih lagi perancangan ini telah dilakukan oleh DSAI and the geng 2 bulan yang lepas. Dan ini fasa execution. Kerana itulah segala alasan rafizi ramli berikan hanyalah alasan untuk memperbodohkan rakyat. Ayuh pertahankan TSKI dan juga kerajaan PR Selangor dari dirompak. Bersambung siri 2..
Posted on: Fri, 31 Jan 2014 07:04:25 +0000

Trending Topics



x;"> মোবাইল টি-প-স : (যারা জানেন
Were about a month away from an AWESOME tour. Whos coming to hang
During WWII, in 1942, President Roosevelt passed into law

Recently Viewed Topics




© 2015