Apa beza antara penulisan skrip drama dan novel? Kedua2nya adalah - TopicsExpress



          

Apa beza antara penulisan skrip drama dan novel? Kedua2nya adalah sebahagian dari penulisan sastera dan dibaca untuk hiburan. Kedua2nya mempunyai plot, watak dan bahasa. Namun penulisan skrip drama tidak akan lengkap sehinggalah ia dipentaskan. Sebab itu skrip drama dianggap sebagai blueprint utk persembahan. Pengucapan Dialog dalam skrip drama tanpa pelakon, ruang latar, pencahayaan, bunyi dan busana menyebabkan skrip drama itu tidak sempurna. Skrip drama mengandungi plot, watak dan bahasa. Cerita disampaikan melalui watak2, aksi2 fizikal dan dialog yang membawa kepada konflik yang kemudiannya berkembang mewujudkan siri2 peristiwa yang berkaitan yang membawa kepada proses peleraian konflik. Penulis telah menggambarkan perjalanan peristiwa yang membawa kepada konflik dan peleraian melalui mata mindanya. Dan kemudian untuk melengkapkan ia sebagai sebuah naskah drama, ia perlu dipersembahkan (dipertontonkan) kepada penonton (khalayak) untuk mendapatkan pengiktirafan khalayak. Pementasan itu adalah kunci kepada kejayaan sesebuah drama yang ditulis. Plot ada jiwa (roh) kepada drama. Plot cerita berkisar kepada rentetan peristiwa yang panjang (berhari, berminggu, berbulan, malah bertahun) namun disatukan menjadi 2 jam 30 minit sahaja. Hebatkan!
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 16:29:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015