Apa yang aku cakap ni kita pakat-pakat ambik serius. Sebab agama - TopicsExpress



          

Apa yang aku cakap ni kita pakat-pakat ambik serius. Sebab agama itu perkara serius dan bukan main-main. Orang Malaysia ini mewah, hidup senang, tidak banyak masalah, bencana atau malapetaka. Tidak macam negara Islam yang lain sebab itulah orang Malaysia kurang bersyukur. Hidup kita setiap hari asyik dipenuhi dengan gelak ketawa, hiburan yang melalaikan, membazir makanan, buang masa dan segalanya mudah. Kita manja dan mengada-ngada. Apa yang berlaku disekeliling kita didunia luar kita buat-buat tidak tahu dan tengok sebelah mata sahaja. Jangan marah apa yang aku tulis sebab ada kebenarannya. Cuba tengok dan buka mata sikit. Apa yang berlaku di Syria, Palestin, Burma dan lain-lain. Aku tidak pernah sampai kesana tetapi aku pernah sampai banyak negara Islam yang miskin dan hidup susah. Kita di Malaysia 24 jam asyik nak seronok sahaja. Kita asyik berhibur 24 jam depan TV dan internet, melayan nafsu dengan membuang masa. Dengar ceramah pun sebab kita syok dengar lawak jenaka si penceramah sehingga Subuh pun kita tidak mai pi solat jemaah. Kita kurang bangun malam dan menangis dihadapan Allah mengadu agar Allah bantu umat Islam. Aku hendak beri satu contoh bila aku pergi ke negara Islam yang miskin di Bangladesh. Mereka hidup susah sangat. Aku pergi ziarah bukan tempat cantik dan kawasan pelancong tetapi jauh diutara pendalaman. Naik bas 8 jam lalu jalan yang teruk. Kebanyakan mereka adalah pesawah padi. Suasana disitu aku boleh anggap macam zaman 60 atau 70 dinegara kita. Depa masih membajak sawah dengan lembu atau kerbau. Tanam padi pakai tangan bukannya mesin macam kat tempat aku di Kedah. Aku tengok depa korek kolam ikan yang begitu besar tetapi bukan dengan back hoe, JCB atau bulldozer tetapi manual pakai tangan ramai-ramai. Disana hendak jumpa orang gemuk memang susah. Yang ramai orang yang kurus macam tidak cukup makan. Kalau orang itu berisi sikit mesti dia orang kaya. Transport pun masih pakai beca ataupun dipanggil rickshaw kat sana. Yang naik jadi penumpang 2 orang aku dan kawan aku, dengan beg yang besar. Yang bawak kami budak baru umur 12 tahun dan kurus macam lidi dan kecik ajer. Dia punya kayuh susah payah sampai aku kesian. Tetapi guide kami cakap memang depa dah biasa cari makan macam ini. Kayuh sampai hampir sejam sebab jauh. Kalau naik bukit dia terpaksa turun dan tolak sampai berpeluh. Bila dah sampai kami tanya kena bayar berapa dia cakap 5 Taka jer ataupun lebih kurang 50 sen sahaja kalau tidak silap. Sekali pernah kami naik rikshaw lalu dalam pekan, lalu melepasi orang tengah naik gajah lalu dalam pekan. Tiba-tiba datang sebuah bas dari belakang lalu dan langgar kawan aku yang dihadapan itu, aku saksikan sendiri rikshaw itu melambung. Nasib baik jemaah kami yang terjatuh tapi takde apa-apa. Budak itu dah tidak sedarkan diri sebab pengsan. Bas itu dah tinggalkan kami tanpa berhenti. Selalu kami hanya makan nasi dengan Dhal sahaja. Kami hendak keluar duit suruh depa beli daging atau ayam tetapi mereka tidak mahu sebab mereka mahu guna duit sendiri sebab menghormati kami sebagai tetamu. Satu hari kami teringin hendak makan ayam. Kami pun suruh depa cari ayam dan kami hendak bayar tetapi mereka masih tidak mahu. Maka setelah puas mereka cari ayam dapatlah 2 ekor ayam kampung. Saiznya macam anak ayam sahaja bukannya besar tetapi mereka sanggup cari dan beli walaupun mereka orang susah. Rumah mereka dibuat dari lumpur dan mereka masak pakai bahanapi dari tahi lembu yang kering. Sedih sangat bila aku masuk dalam rumah mereka, macam masuk dalam gua tanah dan lumpur. Bila aku beri bayan atau ceramah memang ramai orang kampung yang memenuhi masjid. Masjid pun amat dhaif tetapi penuh 5 waktu. Takde kipas angin pun sebab cuaca masa itu pun amat sejuk sebab musim sejuk. Lantai pun tanah dialas dengan tikar mengkuang. Ambil air sembahyang kena pakai pam air. Bukannya pam elektrik tetapi pam pakai tangan macam zaman kita kecil dulu tahun 80an. Sekarang dah tidak ada di negara kita. Air diambil dari tanah yang dalam sampai 50 kaki. Seorang pam air dan seorang ambik wudhu. Hendak mandi pun macam tu jugak. Punyalah mujahadah, tetapi Alhamdulillah Allah punya kuasa walaupun cuaca sejuk tetapi air dari bawah tanah jadi panas. Bila aku mula beri ceramah, jemaah yang aku lihat dhaif sangat dengan pakaian yang lusuh tetapi mereka punyalah tawajuh atau concentrate tengok dan dengar aku cakap. Sebab mereka tidak faham Bahasa Melayu aku cakap English. Sebab mereka tidak faham ada seorang yang translate sebelah aku. Nama dia Ruhul Amin, seorang Majistrate tetapi gaji dia dalam 3 atau 4 ratus sahaja dan dia tinggal di Bandar Dhaka. Bila aku mula beri ceramah aku dah lihat semua orang menangis walaupun mereka tidak faham tetapi aku tahu mereka begitu sayangkan agama. Mereka begitu dahagakan ilmu agama. Aku cakap perkara biasa sahaja tetapi mereka punya menghargai seolah aku ini ulama besar. Habis bayan aku doa dan semua jemaah dalam masjid menangis. Aku pun menangis sama. Mereka hidup susah tetapi mereka hidup berkasih sayang. Mereka tiada kereta atau motor hanya berjalan kaki tetapi mereka sanggup berjalan sampai sejam 5 waktu untuk datang kemasjid. Mereka makan nasi dengan dhal atau sayur setiap hari tetapi mereka sentiasa bersyukur. Mereka juga sanggup berkorban untuk agama dan berdakwah sebab mereka begitu cintakan agama. Mereka banyak menangis dan kurang ketawa. Mereka mengharapkan agar Allah beri mereka senang diakhirat sebab mereka tahu dunia bukan tempat mereka. Allahu Allah...kita hidup dalam kemewahan dan keselesaan tetapi kita kurang bersyukur dan hanya seronok dengan kelalaian dunia yang sementara ini...Semoga Allah Taala ampunkan dosa kita yang kurang membantu agamaNya.
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 13:43:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015