Apabila kita mula mencari Dia dalam diri, maka Dia akan - TopicsExpress



          

Apabila kita mula mencari Dia dalam diri, maka Dia akan mendekatkan diri kita juga dengan orang-orang yang mencintai Dia.. Setelah menemui hampir sebenar benar ketenangan dan rasa cinta yang tiada tandingannya kepada Dia, maka di hati ini seolah olah ade satu perasaan yang mana ingin saja aku jerit, Ya Allah aku cinta padaMU juga junjunganMU Muhammad SAW. Ianya tidak akan aku biar menjadi jeritan batin semata mata tapi kan aku cuba pastikan menjadi usaha-usaha gigih aku dalam merebut cintaMU. Sungguh benar pernyataan di atas. Acap kali aku ke arah menuju jalanNYa, akan di permudahkan urusan ku juga makin bertambah kenalan-kenalan yang juga turut mencintaiNYA yang sama sekali aku tidak sangka perkenalan itu akan terjadi. Tapi lumrah kehidupan akan di bentangkan jua onak dan duri dalam mencari hidayah dan petunjukNYA kerana hidayahNYA terlalu mahal. Bukan mudah untuk menjadi seperti ikan di laut. Biar semasin manapun airnya, rasa ikan tetap manis, segar dan tidak terkesan dengan rasa masinnya air laut. Aku terpaksa mengakui bahawa bi’ah(suasana) yang solehah(baik) itu amat penting bagiku. Aku menyedari bahawa kehidupanku seringkali terlarut dengan masinnya air laut. Ilmu yang ada adakalanya dikesampingkan. Prinsip yang ada adakalanya jua menyerah kalah. Itulah hakikat nafsu yang sentiasa menggoda untuk mengajak kepada kejahatan. Beriltizamlah dengan Jemaah kaum muslimin dan pimpinan mereka. Ya, aku memerlukannya dalam konteks pentarbiyahan diri ini agar tidak futur dan tidak gugur di dalam perjalanan. Perjalanan dakwahku masih terlalu jauh. Aku telah melalui keperitan ini bergelumang dengan nafsu yang sering menghambat. Perjalanan rohaniku masih cacat. Penyempurnaan perjalanan ini memaksaku untuk kembali ke tempat bermula. Ya Allah… permudahkan jalanku untuk aku membersihkan jiwaku yang masih terpalit noda-noda hitam.
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 13:26:29 +0000

Trending Topics



ttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Leg Avenue Costumes Disney 3Pc.Classic Cinderella Dress Choker and
My thoughts and prayers are overwhelmed for a complete stranger.
SIK SORULAN SORULAR. LÜTFEN OKUYUN.. **Kayıt işlemleri devam
As I said, its not easy being a completely untapped ability.
My anxiety level has created unwanted physiological responses. Im

Recently Viewed Topics




© 2015