Apakah 6 Tuntutan (6t) yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa - TopicsExpress



          

Apakah 6 Tuntutan (6t) yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa UTM? Antara isi tuntutan tersebut adalah berkenaan sistem parti, jumlah kerusi, tarikh pilihanraya, jawatankuasa pilihanraya, kebebasan berkempen dan dana calon. a) Membenarkan sistem parti semasa pilihanraya kampus. Tujuan cadangan ini dikemukakan adalah agar suasana demokrasi yang lebih kompetetif dan progresif dapat diwujudkan bagi menarik minat mahasiswa UTM untuk turut terlibat dalam menjayakan sebuah pilihanraya kampus yang harmoni dengan persaingan yang sihat antara calon-calon yang bertanding. Cadangan ini juga dilontarkan kerana secara sedar atau tidak, sistem parti ini memang wujud di UTM melalui pemerhatian kami pada sesi pilihanraya kampus yang lepas. Persaingan progresif yang wujud antara Aspirasi Evolusi Mahasiswa dan Pro Mahasiswa jelas kelihatan. Oleh itu, kami mohon agar manual pilihanraya kampus berkenaan peraturan pilihanraya kampus dapat ditambah baik dengan pilihanraya secara berkumpulan adalah dibenarkan agar mahasiswa lain yang terlibat dalam acara besar ini dapat membina karakter seorang pemimpin mahasiswa yang lebih realistik. b) Mengoptimumkan jumlah kerusi yang dipertandingkan bagi setiap fakulti Perlu dilakukan penelitian semula tentang jumlah kerusi yang dipertandingkan bagi setiap fakulti agar berpadanan dengan jumlah mahasiswa dan keperluan tenaga kerja yang efektif bagi menjalankan tugas sebagai seorang MPM yang berada dalam fakulti tersebut. UTM menjadi sebuah universiti yang mempunyai begitu ramai MPM iaitu seramai 54 orang. Apa yang menjadi kehairanan di peringkat kami, universiti lain yang mempunyai bilangan mahasiswa yang hampir sama dengan UTM, cukup bagi mereka sekitar 20-30 MPM/MPP. Bukan bermaksud UTM perlu ikut apa yang dilakukan universiti lain, tetapi jika disitu dapat mengurangkan kos yang berkaitan untuk 54 orang MPM apa salahnya ? Seterusnya, perlantikan jawatan tertinggi dalam organisasi MPM UTM yang tidak bergantung kepada tiket umum atau fakulti ini sangat menjanggalkan kami. Jadi dimanakah beza calon umum dan calon fakulti? Oleh itu, kami mohon agar diteliti semula jumlah kerusi bagi setiap fakulti dan perlantikan jawatan tertinggi dalam organisasi MPM UTM. c) Tarikh pilihanraya kampus yang tetap Tarikh pilihanraya kampus seharusnya ditetapkan dan diletakkan di dalam takwim universiti. Hal ini kerana ketulenan sistem demokrasi yang meraikan kepada persaingan sihat perlu dijauhi campur tangan politik luar yang boleh menganggu gugat perjalanan politik kampus. Hal ini juga dapat memberikan masa untuk melakukan persediaan yang cukup buat calon mahasiswa yang ingin bertanding. Penetapan tarikh pilihanraya kampus juga dapat mendidik kefahaman politik mahasiswa dalam membuat persediaan bagi menghadapi musim pilihanraya kampus. d) Penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa pilihanraya kampus Perlunya dilibatkan mahasiswa dalam jawatankuasa pilihanraya kampus supaya mahasiswa diberikan hak dalam membuat keputusan dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus. Mahasiswa tidak dikesampingkan dalam mengurus pilihanraya. Individu atau pihak yang berhak terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus adalah mantan kepada kepimpinan majlis perwakilan mahasiswa yang lepas. Hal ini bagi memastikan pihak pentadbiran bersikap telus dalam mengurus pilihanraya kampus bersama mahasiswa. Kemudian mahasiswa mempunyai hak mengurus pilihanraya dan menentukan corak politik dan kepimpinan mereka. Juga memainkan peranan mahasiswa dalam menentukan kepimpinan mereka dalam menggerakkan pilihanraya kampus. e) Mahasiswa diberi kebebasan berkempen sepenuhnya Memberikan tempoh berkempen lebih lama iaitu selama 5 hari bekerja kerana 5 hari adalah tempoh waktu yang munasabah untuk calon berkempen ke seluruh mahasiswa kampus. Lokasi kempen juga penting buat seorang calon. Calon seharusnya diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen di dalam universiti termasuk kolej kediaman kerana calon mahasiswa berhak untuk berjumpa dengan semua mahasiswa termasuk yang berada di dalam kolej kediaman. f) Memperuntukkan dana kepada setiap calon Setiap calon yang bertanding diberikan peruntukan khusus untuk bertanding samada dalam bentuk tunai atau material. Hal ini dirasakan penting bagi memberikan semangat kepada calon yang bertanding untuk lebih berbakti kepada universiti setelah menang dalam pilihanraya kampus. Selain itu, peruntukan ini bagi mengurangkan beban mahasiswa yang sedia berhutang dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertanding.
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 15:36:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015