Apakah Itu Sengugut? Sengugut pada nama saintifiknya adalah - TopicsExpress



          

Apakah Itu Sengugut? Sengugut pada nama saintifiknya adalah dismenorea (dysmenorrheal). Ia merujuk kepada kesakitan pada permulaan untuk haid (datang bulan). Biasanya ia berlaku pada hari pertama ataupun kedua period yang mana boleh menganggu aktiviti harian. Mengapa Terjadinya Sengugut? Antara sebab terjadi sengugut adalah: 1. Disebabkan hormon yang tidak seimbang (iaitu paras hormon estrogen tidak bersamaan dengan hormon progesterone menyebabkan ketidakstabilan hormon) 2. Diet juga mempengaruhi faktor sengugut bagi sesetengah wanita 3. Ketidakstabilan kandungan gula dalam darah. 4. Serotonin dysfunction (mengalami masalah brain’s mood regulator) 5. Kekurangan mineral dalam badan (terutamanya kalsium dan asid lemak) Jenis-Jenis Sengugut Terdapat dua jenis sengugut iaitu sengugut primer dan sekunder. Sengugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasannya terjadi pada orang yang belum berkahwin. Sengugut sekunder adalah disebabkan endometriosis. Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat (adhesion) atau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan. Ia terjadi pada wanita yang sudah berkahwin. Di JSD,kami sedia membantu anda untuk mengatasi rasa kesakitan senggugut yang anda alami..Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut..rundingan adalah percuma!!! PM : https://facebook/messages/elyazuliana.jsd CONTACT : 019-285 1618 RUNDINGAN PERCUMA..
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 07:25:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015