Apakah itu PruBSN Ummah? PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful - TopicsExpress



          

Apakah itu PruBSN Ummah? PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda. Siapakah yang boleh menyertai pelan ini? Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 – 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama. Soalan biasa yang korang akan tanya, berapa kena bayar sebulan? Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada perkara-perkara ni : • umur • jumlah dan terma perlindungan • status kesihatan • jantina • pekerjaan anda (jika berkenaan) • kaedah pembayaran anda • kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya? Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda: 1. Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau 2.Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau 3. Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau 4. Meninggal dunia Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji. Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas. Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji? Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Prudential BSN Takaful Malaysia Sekiranya anda masih melengah lengahkan hasrat ANDA , sila putuskan SEKARANG juga.. pm Asrol Hadi untuk rundingan 013-5334148/0192334148 Takaful Prudential Bsn ...
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 10:40:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015