Asalamualaikum wbbt & salam sejahtera, LAB MINDA KEUSAHAWANAN - TopicsExpress



          

Asalamualaikum wbbt & salam sejahtera, LAB MINDA KEUSAHAWANAN adalah salah satu program keusahawanan anjuran Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang( UMP) di dalam meningkatkan keupayaan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan dimana kursus ini akan didedahkan kepada beberapa sudut. Antara modul yang akan diterapkan ialah Motivasi dalam keusahawanan, Kompentesi Keusahawanan, Entiti & Asas Peraturan Perniagaa serta Pengurusan Perniagaan. Program ini dapat memberi pendedahan, kesedaran dan pengetahuan kepada bakal- bakal usahawan. Tarikh Program : 18-20 Jan 2014(Sabtu –Isnin) Tempat : Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu Kapasiti peserta: 40 pelajar (yang telah ditapis melalui ujian khas) Yuran penyertaan : PERCUMA Syarat-syarat penyertaan : · Terbuka kepada semua kecuali kepada pelajar yang pernah menghadiri Kursus Asas Keusahawanan atau Lab Minda Keusahawanan · Pendaftaran boleh dibuat di Pusat Keusahawanan bermula 04 Disember 2013 · Yang berpotensi atau mahasiswa yang mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan · Mempunyai semangat motivasi,kreatif,inovatif,proaktif serta berdaya saing menuju ke arah kecemerlangan · Pelajar yang menarik diri menyertai program ini pada saat akhir akan di kenakan penalti sebanyak RM 150.00 atau di senaraihitamkan dari menyertai mana-mana program anjuran Pusat Keusahawanan. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program tersebut adalah : a) Mengetahui cara-cara menwujudkan Rancangan Perniagaan yang berkesan b) Taklimat dari agensi keusahawanan yang berkaitan seperti SME Bank, SME Corp. Tekun, MARA,PUNB, MDEC c) Pengurusan Kewangan dan Audit d) Pendedahan pengalaman daripada alumni-alumni UMP yang bergelar usahawan e)Mencambah minda dalam mengenal retorik-retorik alam perniagaan dan sebagainya Terbuka kepada 40 orang pelajar sahaja.Tarikh tutup penyertaan 14 Disember 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian 09-5492541
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 12:17:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015