Assalamualaikum N salam sejahtera kepada semua ahli-ahli dan bukan - TopicsExpress



          

Assalamualaikum N salam sejahtera kepada semua ahli-ahli dan bukan ahli SBM KL/Selangor. Selamat bercuti dan berehat kepada yang bercuti dan selamat bertugas kepada yang bertugas pada hari ini walau pun hari ini hari sabtu. 1. Perkhidmatan gunting rambut. Sebagai mana d nyatakan sebelum ini, mulai pada 30 Jun 2013, perkhidmatan gunting rambut akan d pindahkan dari ibu pejabat SBM ke cawangan KL/Selangor. Walau bagai mana pun atas sebab-sebab yang tak dapat d elakan, Tukang gunting rambut tidak dapat datang pada minggu ini. Oleh itu perkhidmatan gunting rambut akan d tunda pada bulan julai 2013 harap maklum. 2. Program untuk wanita. Jawatankuasa wanita SBM cawangan KL/Selangor akan mengadakan suatu program perjumpaan untuk ahli-ahli wanita dan aktiviti masak memasak. Program tersebut akan di adakan pada: 7 Julai 2013 bersamaan pada hari ahad. Tempat: Ianya bertempat d premis SBM KL/Selangor. Masa: Bermula dari pukul 10.00 pagi. Okjektif atau tujuan utama d adakan program tersebut ialah untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat d samping memberi cadangan program-program atau aktiviti yang nak d jalankan sepanjang tahun 2013 dan 2014. Untuk aktiviti masak memasak pula, tak ada guru atau tukang masak d jemput. Ahli-ahli yang hadir akan masak bersama-sama. Siapa yang pakar atau pandai dalam bab masak memasak beliau boleh lah d anggap sebagai gurupada hari tersebut. Beliau boleh lah berkongsi atau mengajar kepada yang tak tahu memasak. Oleh kerana aktiviti tersebut d jalankan pada sebelah pagi, maka menu pada hari tersebut ialah untuk makan tengahari. Mungkin kita boleh masak nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi briani ke nasi tiga warna atau yang seumpama dengannya. Mana kala untuk lauk pauknya kita boleh masak ayam masak merah ke,daging masak ala tok ke, kurma ke, masak dinding ke atau sebagainya. Setiap ahli d kenakan RM5.00 untuk kos membeli bahan-bahan masakan. Seiapa yang nak bawa bersama kawan, keluarga suami atau anak-anak d alu-alukan tapi kena tambah lagi RM5.00untuk setiap seorang kecuali anak yang berumur 7 tahun ke bawah tak d kenakan bayaran. Sambil makan boleh dengar lagu-lagu dan sebagainya. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Puan Jamaliah Sidi pengerusi Jawatankuasa Pembangunan wanita d talian 016 2820452 atau kerani SBM KL/Selangor d talian 03 22742794 pada waktu pejabat. sila nyatakan berapa orang yang akan hadir. Ini ialah untuk memudahkan urusan penyediaan makanan pada hari tersebut. Tarikh tutup pada 6 Julai 2013 bersamaan pada hari sabtu. 3. Program kunjungan ke dewan undangan negeri dun Selangor dan kediaman Menteri Besar Selangor. Jawatankuasa Pembangunan Belia Cawangan KL/Selangor, akan mengadakan suatu program kunjungan ke dewan undangan negeri dun Selangor dan kediaman Menteri Besar Selangor. Ianya akan d jalankan pada tarikh berikut: 4 Julai 2013 bersamaan pada hari khamis masa pukul 10.00 pagi. Walau bagaimana pun jika berlaku perubahan tarikh akan di beritahu kelak. Perlu d ingatkan bahwa kunjungan tersebut tidak ada kena megena dengan hal-ehwal politik semasa. Ianya hanya sekadar kunjungan menjalinkan hubugan antara ahli-ahli pertubuhan OKU penglihatan dengan masyarakat luar. D samping mengetahui tatacara persidangan di jalankan. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi En. Mahadzir Abd Ghani pengerusi Pembangunan Belia d talian 013 3420536/03 26113888 pada waktu pejabat. Atau kerani SBM KL/Selangor d talian 03 22742794 pada waktu pejabat. Walau pun ianya d utamakan kepada golongan belia namun golongan yang bukan belia juga boleh men gikuti program tersebut. 4. Yuran keahlian: Mana-mana ahli yang mempunyai yuran tertundak dari tahun 2010, 2011 2012 dan yuran untuk tahun 2013, sila menjelaskannya dengan segera.Pihak SBM KL/Selangor dengan kerjasama ibu pejabat sedang menyemak senarai ahli-ahli yang mempunyai yuran tertundak.. Suatu surat notis pembayarab akan di hantar kepada ahli-ahli yang berkenaan. Kepada ahli-ahli yang gagal menjelaskan yuran tahunan, mereka tidak d benarkan mengambil bahagian dalam mana-mana program/aktivit yang d jalankan oleh SBM. Mereka juga tidak berhak menerima kemudahan-kemudahan atau bantuan yang d sedikan oleh pertubuhan kepada ahli-ahlinya. 5. Mengemaskini biodata keahlian. SBM Cawangan KL/Selangor sedang mengemaskini biodata keahlian.Masih ramai ahli-ahli yang belum mengemaskini biodata masing-masing. Oleh itu kerjasama daripada ahli-ahli amat d arapkan demi memudahkan urusan pentadbiran. Sila hubungi kerani d pejabat SBM pada waktu pejabat. Sila nyatakan alamat tempat tinggal dan nombor telepon yang terkini. Selain daripada itu sila sertakan salinan kad OKU sebagai rujukan. Pihak pejabat mengalami masalah untuk meghubungi ahli-ahli apa bila d dapati terdapat borang-borang yang d isi tak lengkap atau tersalah isi. Apa yang K.ros selalu kenal pasti ahli tak beri salinan risit keahlian sewaktu mengisi borang tuntutan perubatan dan tak d sertakan nombor telepon yang mudah d hubungi. Justeru itu sukar bagi pihak pejabat nak hubungi apabila permohonan tersebut nak d betulkan atau jika permohonan di luluskan. Selepas ini siapa yang tak dapat d hubungi untuk ambil tuntutan bayaran,wang tersebut akan d serahkan kepada pihak ibu pejabat. Sebagai contuh bayaran untuk abang Abdul Rahman bin MaHud masih berada d pejabat SBM KL/Selangor. K.ros dah call banyak kali tapi nombor yang ada dalam simpanan pejabat tak berjawab. Oleh itu wang tersebut akan d kembalikan ke ibu pejabat paling lewat minggu ni. Jadi d harap lepas ni jangan ada mana-mana ahli yang komplaine atau tak berpuas hati, apabila mereka tak menerima bayaran tuntutan atau permohonan tak d luluskan oleh pihak cawangan atau ibu pejabat. Sekali lagi kerjasama dari semua ahli amat d harapkan dan d dahului dengan ucapan ribuan trimakasih. Sekian harap maklum. Salam sayang selalu, Senyum, senym selalu, Miski pun d dalam hati tak siapa yang tahu, Melainkan Allah sahajayang tahu. Wassalam.
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 23:43:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015