Assalamualaikum. dasar kewujudan group PERSADA UiTM SELURUH - TopicsExpress



          

Assalamualaikum. dasar kewujudan group PERSADA UiTM SELURUH MALAYSIA adalah untuk menggabungkan semua siswa siswi UiTM yang merupakan generasi FELDA dalam satu organisasi persatuan yang diwujudkan khas oleh Jabatan Perdana Menteri untuk anak2 FELDA. apakah maksud GENERASI FELDA?? - ANAK/CUCU/CICIT Peneroka FELDA - ANAK/CUCU Kakitangan dan Pesara FELDA - SAHABAT-SAHABAT FELDA (mahasiswa yang BUKAN dari FELDA) yang BUKAN FELDA pon boleh join ke?? - mahasiswa mahasiswi UiTM digalakkan menjadi ahli PERSADA dan anda akan didaftarkan dibawah kategori SAHABAT-SAHABAT PERSADA di UiTM cawangan tak pernah dengar pon pasal PERSADA - untuk UiTM cawangan, pihak pentakbiran PERSADA di UiTM Shah Alam sedang berusaha mendaatkan kebenaran dari Naib Cancelor dan Timbalan Naib Canselor UiTM untuk mewujudkan cawangan PERSADA di setiap UiTM. walaupon masih belum ada cawangan PERSADA di UiTM kalian, kalian semua adalah dialu-alukan menyertai aktiviti PERSADA dan kami di pihak pentakbiran PERSADA UiTM akan berusaha memastikan setiap aktiviti PERSADA disertai oleh semua generasi FELDA di UiTM seluruh Malaysia. ada yuran ke?? - anda TIDAK dikenakan sebarang bayaran jika anda menjadi ahli PERSADA bahkan setiap aktiviti PERSADA ditanggung sepenuhnya oleh PERSATUAN menggunakan dana yang diberi oleh UiTM dan JPM. kene ikut semua aktiviti ke?? - anda boleh memilih mana-mana aktiviti yang anda rasakan menarik untuk sertai. setiap aktiviti akan diwar-warkan dan menggunakan konsep SIAPA CEPAT DAFTAR, DIA DAPAT IKUT.. ada sijil ke?? - aktiviti PERSADA akan disertakan dengan sijil dan kupon aktiviti. apa yang menarik dalam aktiviti PERSADA ni?? - aktiviti PERSADA terbahagi kepada banyak cabang aktiviti seperti: a. ilmiah b. sukan dan rekreasi c. keusahawanan d. kemasyarakatan dan sosial e. keagamaan dan kerohanian f. kerjaya dan kaunseling *BERSAMA MELESTARI TRANSFORMASI PERSADA UiTM https://facebook/groups/612503498808554/
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 02:07:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015