Assalamualaikum kepada semua sahabat FB ku,tujuan aku menulis - TopicsExpress



          

Assalamualaikum kepada semua sahabat FB ku,tujuan aku menulis artikel ini bukan bertujuan politik atau untuk menghasut sesiapa supaya berfikir seperti aku,namun aku percaya tentu ramai sahabat2 ku di luar sana sedikit sebanyak mungkin bersetuju dengan apa yang aku cuba ketengah kan ini.Apa yang aku ingin ketengahkan ini ialah tak lain dan tak bukan ialah isu berkenaan kenaikan harga barang keperluan asas dan kos sara hidup yang menekan golongan miskin dan miskin tegar dikota-kota besar di malaysia ini terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur.Sebagai rakyat dan warganegara Malaysia yang sah,aku rasa aku berhak menyuarakan hak dan pandangan aku sebagai seorang rakyat di negara yang telah merdeka ini bila mana aku merasakan semakin hari semakin tertekan untuk menjalini kehidupan sehari-hari di negara bertuah ini dan aku yakin tentu bukan aku sahaja yang merasakan keperitan ini.Aku bukan golongan pendemostrasi,tak kan pasal isu-isu yang seperti ini nak berdemo dijalan-jalan raya kot,cuma kadang-kadang tu aku ada sikit pelik dan kadang naik tak faham sebab pemimpin-pemimpin kerajaan selalu menasihatkan kepada rakyat supaya mengunakan saluran-saluran yang betul untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat tentang satu-satu isu yang berlaku,ingin aku bertanya pula pada pemimpin-pemimpin ini rasa-rasanya kalau aku sebagai rakyat malaysia yang cuba menggunakan hak aku sebagai rakyat yang sah, tanpa berdemonstrasi dijalanan meminta supaya kerajaan mengkaji semula tentang kenaikan harga barangan keperluan dan yang akan datang kenaikan tarif elektrik pula adakah kerajaan yang memerintah akan mempertimbang atau buat tak tau je keluhan aku sebagai rakyat malaysia?Ada ke keadilan untuk rakyat-rakyat yang susah macam aku ni? mana pergi nya pemimpin-pemimpin yang mengelarkan diri mereka ini pejuang rakyat ! kenapa senyap sunyi je,apa maknanya menjadi seorang pemimpin untuk rakyat kalau seorang pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib golongan miskin hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri cuma melihat sahaja apa yang berlaku tanpa berbuat apa-apa,benarlah kata-kata nabi kita Muhammad SAW,diakhir zaman nanti akan berleluasa kekejaman,penindasan,kezaliman sesama seagama,yang kaya bertambah-tambah kekayaan nya dan yang miskin tiada siapa yang membantu dan membela nasib mereka.Aku dapat rasakan mesti ramai yang akan berkata siapa yang malas dialah yang rugi pada aku bukan soal malas yang menyebabkan sesaorang itu menjadi miskin pada zaman ini tapi soal peluang untuk berjaya,ada rakan-rakan aku yang gigih berusaha mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga bekerja siang dan malam namun kedudukan mereka masih didalam golongan miskin,bila aku bertanya pada mereka jawapan nya macam biasa dan selalu aku dengar aku tak ada kabel dan tak ada sokongan untuk dapatkan job ni dan kalau nasib baik boleh dapat satu-satu job tu.....dah ada pulak badan-badan berkanun yang berkenaan datang menuntut imbuhan itu dan ini,ini realiti bukan sengaja diada-adakan cerita,ini lah kenyataan kehidupan sekarang ini.Entahlah,aku mengharapkan semoga adalah lagi saki-baki pemimpin-pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat yang sanggup berjuang untuk menegakan kebenaran dan membela nasib golongan miskin di malaysia ini,tak kan kita semua nak tunggu bala dan balasan dari ALLAH baru kita nak bantu golongan-golongan ini! Wahai pemimpin-pemimpin yang diamanahkan, jalankan tanggungjawab yang rakyat telah berikan,jika rasa ianya satu amanah yang terlalu berat untuk dipikul,terimalah hakikat yang kamu itu bukan dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, serahkan tanggungjawab itu kepada mereka yang benar-benar layak untuk menjalankan amanah itu,tanya pada diri sendiri sanggupkah kamu nanti untuk menjawabnya diakhirat kelak?
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 18:48:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015