Awas kawan-kawan sesiapa yang maseh jadi ahli MOCCIS.KOPERASI - TopicsExpress



          

Awas kawan-kawan sesiapa yang maseh jadi ahli MOCCIS.KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU MALAYSIA BERHAD (MOCCIS) ini sungguh tenat.Duit saya sekitar lebih RM20 ribu maseh belum dibayar balik.Telah lebih setahun saya berhenti menjadi Ahli & maseh menunggu pembayaran balik syer keahlian...sila baca coretan saya temui diblog....kalau yang ada maseh menjadi ahli sila berhenti.. KEDUDUKAN : 52 ( sisangsikan kedudukan ini dalam senarai SKK Malaysia) NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN NO. DAFTAR : 310 TARIKH DAFTAR : 4 JULAI 1934 JENIS PERNIAGAAN : KREDIT PENYUMBANG UTAMA PEROLEHAN : KREDIT ALAMAT SURAT - MENYURAT : NO. 27-3, JALAN JELATEK 2, PUSAT PERNIAGAAN JELATEK, OFF JALAN JELATEK, PETI SURAT 12548, 50782 KUALA LUMPUR NO. TELEFON : 03-42604227 LAMAN WEB : - JUMLAH ANGGOTA : 8,531 ORANG MODAL SYER/YURAN : RM48,875,385.00 PEROLEHAN : RM12,386,307.00 JUMLAH ASET : RM228,297,983.00 Apakah kewajaran MOCCIS dinobadkan menjadi top 52 dikalangan 9,000 koperasi yang lain diMalaysia? Networth MOCCIS RM160 juta negatif dan meningkat setiap tahun. NPLnya pula tinggi tetapi tidak dilapurkan dalam akaun? (dijangka antara RM20 ke RM40 juta) MOCCIS dalam keadaan default - hutang kepada kerajaan yang tidak berbayar (RM78 Juta) Ditambah dengan hutang kepada bekas ahli RM37 juta. Untung yang diistiaharkan 3 tahun lalu (2011) mengcurigakan RM15 juta. Kerugian terkumpul masih banyak. Kerugian disubsidiari masih tidak dihapuskira. Walau apa kriteria yang digunakan, keadaan MOCCIS tidak mewajarkan ia menjadi top 52. Pulangan terhadap ekuiti atau aset merupakan kriteria utama dalam menilai syarikat. SKM telah menyampaikan mesej yang salah dengan index diatas. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap lembaga yang menyebabkan kerugian beratus juta ringgit tersebut dan yang menyebabkan pentadbir terpaksa dilantik? SKM sepatutnya menjawab semua soalan soalan diatas sebelum meletakkan MOCCIS sebagai koperasi ke52 terbaik.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 06:12:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015