[BAH. 1] PUASA SEBAGAI UBAT. BUKAN UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM - TopicsExpress



          

[BAH. 1] PUASA SEBAGAI UBAT. BUKAN UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA. 1. BANTU PELANGSINGAN. - Benar, puasa mampu membantu anda menurunkan berat badan. Namun, penurunan berat badan tidaklah boleh berlaku secara mendadak melebihi 4 kg sepanjang bulan. Jika anda mahukan puasa anda berkesan untuk menurunkan berat badan, kurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu berbuka. Ini bagi membolehkan lebih banyak lemak yang disimpan diuraikan. Kekalkan pemilihan makanan yang bernutrisi. 2. PROSES DETOKS YANG PALING MUDAH. - Apabila berpuasa, kita membenarkan tubuh kita berehat seketika dan menjalankan proses detoks. Detoks akan jadi lebih mudah apabila tubuh mampu mengurai lemak sebagai keperluan tenaga. Kita sebenarnya mampu bertahan tanpa makanan untuk sehari. Apabila lemak digunakan, sejenis bahan kimia dari asid lemak dirembeskan memasuki sistem tubuh dan akhirnya disingkirkan menerusi organ terlibat. 3. BANTU PERBAIKI KESUBURAN LELAKI. - Puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan. (Kajian Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz) 4. BERPUASA TURUT DIAMALKAN AHLI FALSAFAH LAMPAU. - Berpuasa bagi tujuan perubatan sudah lama diamalkan. Socrates dan Pluto juga mencadangkan puasa untuk tujuan memulih dan meningkatkan kesihatan badan. (kajian Dr Ben Kim) 5. BERPUASA BERI KESAN POSITIF UNTUK TUBUH. - Amalan ini dapat membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki tidur, rasa lebih tenang, merehatkan sistem pencernaan, mengurangkan kesan penuaan, memperbaiki penglihatan dan pancaindera, memperbaiki pendengaran, meningkatkan kreativiti, serta penyahtoksin yang membawa kepada perubahan sikap kepada yang lenbih baik kerana kurangnya toksin dalam badan. 6. RASA LEBIH MUDA. - Kesan positif dari berpuasa seperti membantu menstabilkan kembali kadar metabolisme, merangsang pengeluaran protein dan memperbaiki sistem imunisasi tubuh. Hormon HgH, sejenis hormon anti-penuaan dikatakan akan dirembeskan secara efektif sewaktu berpuasa. Berpuasa juga membantu menyingkirkan sel kulit mati dan diganti dengan penumbuhan sel baru melalui nutrisi lengkap yang diambil ketika berbuka puasa. Inilah yang membuatkan anda kekal muda dengan amalan berpuasa. ---- [Bersambung bahagian kedua.]
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 07:42:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015