BAS TERJUNAM KE DALAM GAUNG (updated) Seramai 37 orang terkorban - TopicsExpress



          

BAS TERJUNAM KE DALAM GAUNG (updated) Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu). Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota. sumber Bernama.
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 17:38:00 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015