BENGKEL LATIHAN SUKARELAWAN – SIRI 1 : “A to Z of Palestine” - TopicsExpress



          

BENGKEL LATIHAN SUKARELAWAN – SIRI 1 : “A to Z of Palestine” (7Jam 30 Minit – Bengkel Sehari) Siri 1 : Kenapa Palestin – Ada apa pada Perjuangan Palestin? Siri 2 : Palestin di bawah pemerintahan tentera salib, pembebas Al-Quds & Era Khalifah Uthmaniyyah Siri 3 : Perancangan merampas tanah Palestin & Penubuhan Israel oleh British & Zionis Israel. Siri 4 : Perancangan merampas tanah Palestin & Penubuhan Israel oleh British & Zionis Israel. Siri 5 : Peristiwa-peristiwa penting selepas Pencerobohan Palestin oleh Zionis Yahudi & Peranan Amerika Syarikat & UK Siri 6 : Isu-isu utama perjuangan Palestin – Right of Return, Pembebasan Al-Aqsa, Two State Solution, Jews Settlement & Palestinian Land Occupation, Peace Roadmap, Dinding Pemisah, Tahanan rakyat Palestin di Israel Siri 7 : Tokoh-tokoh penting dalam perjuangan Palestin – Izzudin Al-Qassam, Hamas, PLO/Fatah Siri 8 : Organisasi Antarabangsa & NGO Nasional mengenai isu Palestin Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) & Angkatan Relawan Semasa (ARAS), Dengan Kerjasama: Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSSA), Road For Peace (R4P), Malaysian Islamic Youth Society (MIYS), Ummah Aid Society. Tarikh : 1 September 2013 Tempat : Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Head Office (Malaysia) 148, Jalan Raja Abdullah 50300 Kg. Baru Malaysia. Peserta : 30 Orang Sahaja (Tempat adalah terhad) terbuka kepada semua sukarelawan yang aktif/separa aktif, pelajar, pesara, penjawat awam & swasta dan masyarakat awam. Apa yang anda dapat di penghujung program ini? : 1. Semua kos perjalanan program, kit & fail program, dan makan minum telah di sponsor penuh oleh penganjur. (peserta cuma perlu mendaftarkan diri secepat mungkin dan menghadirkan diri pada hari berkenaan.) 2. Peserta program akan menerima sijil pengiktirafan sebagai sukarelawan yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Badan Pengiktirafan Sukarelawan Gaza. 3. Bagi peserta yang aktif dan terus membantu kempen, ceramah, pameran dan sebagainya akan dibayar mengikut kadar dan skil peserta. (Bagi mereka yang berminat buat part-time) 4. Seterusnya bagi mereka yang terus menerus aktif sebagai sukarelwan, kita akan manghantar mereka yang benar-benar terpilih ke mana-mana misi kemanusiaan/bantuan/peninjauan/dan lain-lain yang berkaitan secara percuma/ditaja oleh pihak kami. 5. Oleh itu rebutlah seberapa banyak peluang yang ada dan secepat yang mungkin. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi En. Akmal 013-3186058 / En. Muain 013-4909498. — with Nur Zuhairah Mhd Zakaria and 101 others.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 12:06:12 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015