BERITA HARI INI. 1.Jerebu kembali melanda dengan bacaan tidak - TopicsExpress



          

BERITA HARI INI. 1.Jerebu kembali melanda dengan bacaan tidak sihat di catatkan di Johor,Pahang,KL dan Selangor akibat pembakaran terbuka di Sumatera. 2.Kerajaan mahu Kedutaan2 bertanggungjawab atas masaalah rakyat asing negara masing2 yg terkandas di Lapangan Terbang. 3.Mahkamah menetapkan tarikh khamis ini untuk mendengar rayuan Alvin dan Vivian yang mahu mengenepikan perintah mahkamah yg telah menolak permohonan mereka untuk ikat jamin. 4.Peguam Negara lantik peguam terkenal Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah untuk mengetuai barisan pendakwa bagi rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 5.Remaja 15 tahun adalah antara 2 yg di tahan kerana membuat perniagaan meminjam dan menyewa pistol kepada penjenayah di Kelantan. 6.Operasi besar2an yg membabitkan kakitangan Imigresen,Pejabat Pendaftaran,Polis,Pertahanan Awam dan Rela akan di buat selepas hari raya untuk menahan warga asing tanpa permit dan haram. 7.Sindiket gores dan menang kini semakin aktif di Melaka. 8.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery mahu pekerja pos yang membuang ribuan surat dalam belukar di Ukay Height di hukum. 9.Jurujual dan pengedar rokok elektronik minta kerajaan tidak menyekat rokok ini sebalik nya mahu di ketatkan syarat jualan nya saja. 10.Ketua Pemuda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin membuat laporan polis terhadap Presiden Pas Abdul Hadi Awang kerana menuduhnya sebagai pengamal pil kuda semasa kempen PRU13. 11.Sebuah badan pemantau NGO di facebook yg di gelar SEMUT (Sensible Ethical Malaysia United Troopers) membuat laporan polis keatas individu yg bernama Angelyn Lim kerana membuat kenyataan menghina dan melampau keatas Yang Di Pertuan Agong.(GAMBAR) 12.Polis percaya terdapat 4 banduan yg terlepas dari penjara di Sumatera sedang cuba mencari perlindungan di Malaysia. 13.AirAsia menawarkan penerbangan sehala serendah RM29 ke destinasi terpilih seperti Singapore,Bali,Hongkong,Jakarta,Saigon,Macau dan Siem Reap sempena Hari Raya dan cuti persekolahan. 14.Rapid bercadang menambah 200 bas biasa dan 40 bas double-decker di Pulau Pinang. 15.Pemimpin DAP Karpal Singh masuk wad di HKL kerana sakit belakang. 16.PM agih bubur lambuk di Pasar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam kelmarin. 17.Carian Kuala Besut di Google melonjak kepada 9.5 juta kerana pilihanraya kecil. 18.Salah seorang dari 4 lelaki yg di tuduh menculik remaja cina yg di katakan menghina islam telah bertakbir di mahkamah selepas prosiding di jalankan. 19.Demi kasih sayang pada anak seorang ibu 53 tahun di Kg Lating,Kedai Buloh ,Kota Bharu sanggup sembunyikan pil kuda dan mengaku milik nya bagi melindungi perbuatan anak lelaki nya.Ibu ini di penjara 6 bulan dan denda RM5000. 20.Pembantu rumah warga Indonesia yg lari dari rumah majikan di tahan bersama tomboy dlm pusat perjudian di Petaling Jaya. 21.Enam warga Pakistan di tahan kerana memiliki heroin bernilai RM 6 juta yg di sorok dalam kotak jeruk di Nilai, Negeri Sembilan. 22.Lelaki bakar diri selepas menyedari yg isteri nya mempunyai hubungan dengan boss tempat kerjanya iaitu seorang wanita. 23.Ambulan yang membawa ibu hamil kemalangan di Jalan Sultan Tengah, Kuching Sarawak. 24.Pelajar 19 tahun di penjara dan di denda kerana menjual mercun dan bunga api di bazar Jalan Raja Alang,Kg Baru Kuala Lumpur. 25.Bayi 5 bulan mati tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh di rumah penjagaan kanak2 di Bukit Mertajam ,Seberang Perai. 26.Gara-gara mahu elak lembu atas jalan, seorang penunggang motosikal mati bertembung dgn 2 motosikal lain berhampiran Jalan Kuantan-Cerok Paloh. 27.Seramai 4 wanita melayu dan beragama islam di gugurkan dari menyertai ratu cantik Miss Malaysia World 2013 selaras dgn fatwa yg mengharamkan umat islam dari menyertai pertandingan ini. 28.Siti Nurhaliza tidak mahu Datuk K menunggang motosikal lagi. 29.Pelakun Datin Nora Shamsuddin hilang RM50,000 di larikan pembantu rumah nya.Wang ini di simpan untuk di dermakan pada anak2 yatim sempena Ramadan. 30.Abby Abadi 36 tahun akui yang dia telah berkahwin dgn Noor Farhan Bakar 24 tahun di Thailand pada 9 Julai. LUAR NEGARA: 31.Dua kejadian gempa bumi di wilayah Gansu di China mengorbankan 73 penduduk. 32.Gempa bumi di laporkan turut berlaku di New Zealand. 33.Pusat perjudian di Britain mempertaruhkan nama bayi kepada pasangan di raja yg bakal lahir kerapa para penjudi 34.Televisyen menyebabkan setiap 1 kanak2 di Amerika cedera setiap minit berikutan kesan2 yg cuba di tiru kanak2 berkenaan menurut 1 kajian. 35.Menara kedua tertinggi di dunia di Shanghai di jangka siap pada 2015. 36.Gunung Merapi di Indonesia mula memuntahkan abu dan menyebabkan penduduk sekitar melarikan diri. SUKAN: 37.Mourinho sindir Harimau Malaysa dgn melabel perlawanan dgn pasukan Malaysia sebagai 1 latihan saja. 38.Presiden FAM tidak mahu K.Rajagopal dan pemain2 negara patah semangat dgn kritikan dan provokasi. 39.Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di undi dlm kumpulan berasingan pada saingan Kejohanan Dunia di Guangzhou China nanti. 40.Penerjun negara Cheong Jun Hoong mara ke final acara terjun individu Kejohanan Dunia di Monjuic, Sepanyol.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 03:43:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015