BERITA HARIAN 18.07.2003: Hasil risikan sembilan bulan tumpas - TopicsExpress



          

BERITA HARIAN 18.07.2003: Hasil risikan sembilan bulan tumpas aktiviti sindiket Batu Pahat: Risikan sepanjang sembilan bulan membawa kepada rampasan dadah terbesar di negara ini, membabitkan pelbagai jenis dadah seberat 1.178 tan bernilai RM31 juta. Dalam serbuan sekitar bandar di sini, kelmarin polis turut merampas pelbagai mesin memproses dadah dan tujuh kenderaan dianggar bernilai RM2 juta serta wang tunai RM661,544. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata kejayaan itu adalah hasil risikan berikutan penahanan tujuh ahli sindiket pengedaran dadah di Muar, pada September tahun lalu. Katanya, polis turut menahan ketua sindiket terbabit yang menukar lokasi makmal dadah dengan menjadikan bandar ini sebagai pusat operasi. “Menerusi serbuan ini, kita mengesan makmal dan dua stor di sekitar Taman Flora Height di sini, selain menemui dadah jenis syabu, pil Ecstasy, heroin, bahan kafein, ketamin, Eramin 5 dan serbuk Ecstasy seberat 1,178 kilogram (kg). “Kita turut menahan enam suspek merangkumi empat lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 52 tahun, termasuk lelaki yang mengetuai sindiket itu. Tahan empat suspek “Seorang daripada suspek wanita adalah warga China,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam. Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Shariff dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad. Noor Rashid berkata, polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Colt Walthers dan Smith Wesson bersama 217 butir peluru serta satu gari yang dipercayai digunakan suspek bagi melindungi kegiatan mereka. “Selain menghasilkan bekalan dadah dalam negara, sindiket ini dipercayai aktif menghantar bekalan dadah ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Aktiviti jual kelisa “Seperti sindiket yang ditumpaskan di Muar tahun lalu, sindiket ini dikesan melindungi kegiatan mereka di sebalik aktiviti menjual kelisa, berdasarkan penemuan tong dan tempat menyimpan ikan berkenaan di premis diserbu,” katanya. Noor Rashid berkata, semua suspek ditahan reman seminggu mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 05:19:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015