BISNES Udang Malaysia tidak tertakluk duti import AS 26 - TopicsExpress



          

BISNES Udang Malaysia tidak tertakluk duti import AS 26 September 2013 * KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengenakan duti import terhadap udang beku dari Malaysia. Menurut kenyataan pejabat media Kedutaan AS di sini, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (USITC) pada awal minggu ini memutuskan pengimportan udang beku bersubsidi dari Malaysia tidak mengancam atau menjejaskan industri di AS. Selepas meneliti semua bukti yang dibentang oleh pihak berkenaan, majoriti anggota suruhanjaya USITC mengundi tidak menyokong penemuan adanya ancaman itu. "Hasil daripada ini, Jabatan Perdagangan AS tidak akan mengenakan Duti Timbal Balas terhadap udang yang diimport dari Malaysia," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu Malaysia merupakan pengeksport udang keenam terbesar di AS. Kenyataan itu juga memetik Duta AS ke Malaysia Joseph Yun sebagai berkata, prosiding USITC berkenaan berdasarkan semakan yang adil mengikut fakta. - Bernama S.H
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 14:50:18 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015