Bab 1. LGBT Isu LGBT - Hak asasi individu/manusia??? Pertama, - TopicsExpress



          

Bab 1. LGBT Isu LGBT - Hak asasi individu/manusia??? Pertama, saya ingin tegaskan isu hak asasi (basic rights) bertitik-tolak drpd prinsip keadilan dalam Islam dan berlandaskan juga Amar Makruf Nahi Munkar, Halal dan Haram dalam Islam, Pahala dan Dosa ... Ingin juga saya nyatakan apabila kita bersama dgn Datuk Ambiga dalam BERSIH 3.0 kita tidak sesekali menyokongnya dalam hal LGBT. BERSIH 3.0 dan nanti 4.0 adalah isu spesifik bagi menangani isu Daftar Pengundi dan Pilihanraya dan ianya bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang adil. Ini isu MAKRUF bukan munkar. Isu BERSIH 3.0 dan kelak 4.0 juga adalah suatu usaha gabungan bersama bagi membantah korupsi, kezaliman, penipuan yang berlaku dalam pilihanraya umum. Sehingga kini Daftar Pemilih tidak dibersihkan, malah dikorupkan lagi dengan pemindahan nama2 pemilih tanpa izin dan pengetahuan pemilih sendiri!!! Dan sehingga kini tiada kenyataan2 resmi yang dibuat utk LGBT dalam platform BERSIH - tidak dicemari dengan agenda lain. Kita tidak akan memberi sokongan dan kerjasama pada isu2 berkaitan menghalalkan amalan LGBT ini dalam hidup masyarakat. Inilah yang wajar difahami oleh NGO2 Melayu yang lain seperti Perkasa, Jati dan Melayu Sepakat. Saya rasa pelik kenapa mereka tak faham pendirian ini atau sebenarnya mereka sengaja buat2 tak faham dan tak mahu faham. Beginilah, biar saya nyatakan dalam konteks dengan Najib. Jika Najib tiba-tiba sahaja berteriak mahu melaksanakan syariah Islam termasuk hukum hudud secara total, saya setuju utk bersamanya mengusahakan menginstitusikan undang2 syariah dan hudud ini walaupun dia ni terpalit dgn isu korupsi dan penindasan (ISA). Jika Najib ini buat demo jalanan yang aman menuntut pelaksanaan undang2 syariah dan hudud dan memang benar2 jujur untuk melaksanakan ini, saya kira PAS seluruhnya akan sokong usaha murni ini sebab ini adalah perkara makruf dan lebih2 lagi dituntut oleh Islam. Walaupun orang bernama Najib terpalit dgn pelbagai isu korupsi tidak bermakna kita tidak boleh bersama dalam bab menegakkan Makruf dan Nahi Munkar? Saya tetap TIDAK bersamanya dalam bab gula ni. Dan saya tetap dgn pendirian kerajaan BN WAJIB dinyahkan dari pemerintahan negara. Oleh itu sebelum saya masuk secara spesifik membincang bab LGBT ini, saya bentangkan premis ini agar pembaca2 di luar sana dapat membezakan secara jelas - garis pemisah dalam membincangi isu - terhadap apa yang hendak kita bincangkan.
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 07:09:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015