Bacaan penuh : - TopicsExpress



          

Bacaan penuh : penselkontot/2013/09/05/abu-merah-jambu-episod-13/ “Leela, Madam nak jumpa.” Suara Susan kedengaran agak kuat kerana pejabat agak lengang. Leela mengeluh. Apa lagi la makcik ni nak? Aku tengah khusyuk main game la kau panggil. Rugut Leela dalam hati. Leela bergegas ke bilik bosnya. Madam Susan menyuruh Leela masuk selepas mendengar ketukan dari pintunya. “Duduk Leela.” Madam Julie menyuruh Leela duduk di kerusi yg berada dihadapannya itu. Leela hanya menurut. “I dah tengok list hotel yang you beri tempoh hari dan Susan dah call mereka untuk dapat lebih detail perkhidmatan yang mereka sediakan. After all the consideration, I dah putuskan kita buat di majlis di Hotel White Facon. Sekarang, I nak you ikut I buat field work.” Madam Julie menyerahkan broucher Hotel White Facon kepada Leela. “Sekarang ke?”Leela bertanya untuk mendapat kepastian.
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 05:33:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015