Bagaimana boleh para pengguna khususnya di Bumi Kenyalang - TopicsExpress



          

Bagaimana boleh para pengguna khususnya di Bumi Kenyalang menangani masalah kenaikan harga barang serta harga barang yang tidak setara atau samarata dengan harga barang di Semenanjung sana? Kebiasaannya sejak tertubuhnya Malaysia harga barang antara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung Tanah Melayu memang berselisih misalnya kalau harga milo setin untuk 1kg di Sarawak/Sabah RM24 tapi di Semenanjung hanya RM23. Kurang lebih 1 ringgit. Alasan mudah adalah kos pengangkutan. Tapi bukankah subsidi sekian-sekian telah diperuntukan oleh pihak kerajaan kepada pembekal dan peruncit? Tapi kita nak cari jalan bagaimana kita boleh melepaskan cengkaman para peniaga ke atas harga barang sedangkan kita pengguna jadi sepatutnya kuasa menentukan harga tertakluk kepada kita sebagai pengguna kerana kuasa membeli berada di dalam tangan kita. Kita mau beli kita beli tapi kalau tak nak tak usah. Yang tertekan tentulah para peniaga sebab kita banyak pilihan lain.
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 01:35:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015