Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang - TopicsExpress



          

Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam? Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013. a]. 1 April 2013 Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong b]. 26 April 2013 Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya c]. 7 Mei 2013 Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor d]. 25 Mei 2013 Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh e]. 27 Mei 2013 Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai f]. 28 Mei 2013 Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun g]. 2 Jun 2013 Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth h]. 7 Julai 2013 Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan. i]. 8 Julai 2013 Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan j]. 13 Julai 2013 Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown k]. 17 Julai 2013 Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah l]. 24 Julai 2013 Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang m]. 26 Julai 2013 Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut n]. 28 Julai 2013 Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau. o]. 29 Julai 2013 Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur Terkini;kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan. Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.-HD
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 07:38:42 +0000

Trending Topics



r the
Home today just waiting on news about my grandmother. Her blood
Dear Friends and Family Thank you all. For all your thoughts and
I am living a nightmare. The room I was sleeping at the Marnix
Bom dia carinhoso Que o dia de hoje esteja trazendo o novo, a
Another 9/11 anniversary... 11 September 1565 - The day the Muslim
You gotta find the strength inside to lead you out of here One
So my son went to get free WiFi at the end of the parking lot I
Mad Hatters Theatre School is a NEW Musical Theatre School for

Recently Viewed Topics




© 2015