Bajet Gula dan GST (Keris Silau) Bajet gula dan GST Gula - TopicsExpress



          

Bajet Gula dan GST (Keris Silau) Bajet gula dan GST Gula tiada lagi subsidi Gula tak bagus kata Menteri Boleh kena potong kaki Sakit jantung dan sakit hati Mata rabun dan darah tinggi Mati pucuk untuk kaum lelaki Punca pertengkaran suami isteri Dari potog kaki baik potong subsidi Menteri kita bijak buat polisi Polisi ke arah free market economy Pasaran tidak dikawal oleh authoriti Dia biar turun dan naik sendiri Macam pasaran Ringgit dan Rimbi Sungguh geliga otak pak menteri Tak sia-sia belajar di luar negeri BRIM tak potong dan tetap diberi Bonus diberi enam bulan sekali Masa raya dan masa deepavali Terima kasih kata Perdana Menteri Sebab menang pilihanraya baru2 ni Kan I kata I help you You help me Untuk kurangkan defisit yang tinggi Kerajaan akan perkenalkan GST Gomen Sudah Tenat fulus mafi Dah habis korek EPF dan Tabung Haji Nak korek kat mana lagi Nafsu besar mesti dipenuhi Mana boleh pakai Perodua Myvi Sekurang-kurangnya Ferrari Mana boleh pakai kapcai Suzuki Kena lah sekurang-kurangnya Harley Bonia atau Coach tak main lah aci Sekurang-kurangnya Prada atau LV Mana boleh setakat Langkawi Kena makan angin di luar negri Sekurang-kurangnya Monaco atau Italy Nasib orang bawah siapa peduli Ada yang kais pagi makan pagi Kos sara hidup semakin tinggi Gula tiada lagi subsidi Barang yang dibeli kena GST Dapat Brim hanya lekat celah gigi Sepatutnya potong subsidi gas IPP RM3.3 billion setahun untuk 4 kroni Kita hanya mampu doa kepada Illahi Semoga Tuhan berkatkan rezeki Walaupun sedikit tapi diberkati Kita tidak rompak kita tak curi Kita tidak rasuah atau tidak joli Kita kerja yang halal dan suci. Keris Silau 26 Oktober 2013
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 15:22:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015