Baru habis ucapan Jeneral Sisi di tv, nampak beliau - TopicsExpress



          

Baru habis ucapan Jeneral Sisi di tv, nampak beliau bersungguh-sungguh akan mempertahankan keselamatan negara Mesir bersama rakyat. Beliau memulakan ucapannya dengan memberi penghargaan kepada mereka yang terkorban mempertahankan keamanan negara. Dalam ucapan beliau juga sempat mengucapkan penghargaan kepada negara yang menyokong seperti Saudi Arabia, Kuwait, UAE, Jordan dan Bahrain. Beliau dengan nada yang keras menolak campurtangan negara lain dalam menyelesaikan masalah negara Mesir. Beliau juga ada menyebut bahawa alAzhar dan juga pihak gereja berperanan dalam membantu kemelut ini. Pihak sebelah sana cuba hendak menjadikan isu politik ini sebagai isu agama dangan mengambarkan tentera/polis menentang Islam. Ini semua propaganda pihak sebelah sana yang hakikatnya merekalah yang menggambarkan Islam sebagai terorist dan menakutkan.... beliau banyak kali mengatakan tentera dan polis akan menjaga amanah rakyat untuk menjaga keamanan negara. Sekian.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 17:04:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015