Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & - TopicsExpress



          

Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar sebahagian bajet.lapuran penuh sila ikuti muat turun..pakatanrakyat.my/ Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat mensasarkan hasil kerajaan dipertingkatkan kepada RM226.7 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM218.3 bilion tahun ini, dan nisbah defisit kepada KDNK dikurangkan kepada 3.2% pada tahun 2014 daripada 4.6% tahun. Persoalannya, mengapa kerajaan yang sering berbangga dengan keharmonian kepelbagaian kaum dan agama negara ini membiarkan perbuatan provokatif itu sehingga menimbulkan kemarahan dan kekeliruan rakyat Malaysia? Nampaknya gagasan 1Malaysia PM Najib bukan sahaja sudah masuk bakul sampah tapi sudah dibuang ke sungai Pahang.Untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat, Pakatan Rakyat mengusulkan pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan produk farmasi, dan utiliti. “Kami mencadangkan langkah-langkah yang praktikal dalam menangani kos hidup yang tinggi dan menekan rakyat secara keseluruhan; dalam masa yang sama tidak memberi bebanan tinggi kepada kerajaan dan tidak memberi impak negatif kepada industri atau sektor itu sendiri,” kata wakil PAS Khalid Samad
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 07:47:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015