Berapa Banyakkah Protein Yang Anda Perlukan? Keperluan protein - TopicsExpress



          

Berapa Banyakkah Protein Yang Anda Perlukan? Keperluan protein seseorang itu bergantung pada faktor-faktor ini: umur, saiz dan tahap aktiviti. Pakar pemakanan menggunakan kaedah yang standard untuk menganggarkan keperluan protein harian individu yang minimum: BERAT BADAN (kg) x 0.8 Jumlah protein yang diperlukan setiap hari mengikut Pengambilan Nutrien yang Disyorkan untuk Malaysia# Kanak-kanak: 17-32g protein Wanita Dewasa: 51-55g protein Lelaki Dewasa: 59-62g protein # Laporan Kumpulan Kerja Teknikal tentang Garis Panduan Pemakanan oleh Jawatankuasa Pengkoordinasian Kebangsaan tentang Makanan dan Nutrisi, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 15:11:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015