Besiktas akan penuhi permintaan gaji Adebayor Besiktas berkata - TopicsExpress



          

Besiktas akan penuhi permintaan gaji Adebayor Besiktas berkata bahawa mereka telah bersetuju untuk memenuhi permintaan gaji Emmanuel Adebayor tetapi striker Tottenham itu mahu menunggu kerana kelab itu tidak bertanding di Eropah musim depan. Kelab Turki itu menduduki tempat ketiga dalam Super Lig musim lepas tetapi tidak akan bersaing di Liga Eropah selepas digantung setahun oleh UEFA bagi kesalahan mengatur perlawanan. Walau bagaimanapun, Besiktas telah mencabar keputusan dan sedang menunggu pendengaran rayuan itu. Adebayor hanya menjaringkan lima gol Liga Perdana dalam 25 penampilan untuk Spurs musim lepas, namun itu tidak menghalang pengurus Besiktas, Slaven Bilic yang baru-baru ini mengakui minatnya terhadap pemain antarabangsa Togo. Bilic berkata, "Adebayor pemain yang sangat berbakat, sesiapapun tentu mahu dia jadi sebahagian daripada skuad mereka." #AR
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 15:09:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015