Biarlah komunis berkubur bersama Chin Peng 17 September 2013 - TopicsExpress



          

Biarlah komunis berkubur bersama Chin Peng 17 September 2013 * ALOR SETAR - Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen Malaysia (Daulat) berharap sejarah dan ideologi komunis berkubur bersama kematian Chin Peng. Presidennya, Mohamad Shabudin Teh, 52, berkata, sekiranya masih ada saki baki perjuangan PKM, diharap tidak diteruskan demi mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia. “Kalau ikut sejarah, perjuangan PKM ini banyak menimbulkan keadaan yang huru-hara termasuk darurat. Banyak nyawa yang terkorban terutamanya tentera yang mempertahankan negara. “Saya berharap, apa yang dilakukan oleh Chin Peng dan anggota PKM dahulu menjadi teladan buat kita semua,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pegawai dan Anggota 10 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD), Mejar (B) Ahmad Din berkata, kematian Chin Peng adalah sesuatu yang tidak perlu disedihkan oleh rakyat di negara ini. “Chin Peng bukanlah seorang perwira untuk kita tangisi pemergiannya. Saya sendiri tidak berasa apa-apa jauh sekali untuk rasa sedih,” katanya. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) melihat pemergian tokoh gerakan komunis itu sebagai kemenangan kepada pejuang-pejuang yang sanggup berkorban nyawa bagi memerangi komunis. Pengerusinya, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, secara jelas sejarah tanah air terpalit dengan insiden-insiden buruk yang dicetuskan oleh pihak komunis. “Perjuangan komunis yang dibawa oleh Chin Peng ini langsung tidak membuka ruang keamanan untuk tanah air kita. Justeru, kita berharap selepas ini komunis hanya tinggal nama dan anasirnya biarlah terus terkubur ditelan masa,” katanya. S.H
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 10:38:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015