Biasalah tu ... Cikgu: Kenapa kamu ni ... B saja, bila nak dapat - TopicsExpress



          

Biasalah tu ... Cikgu: Kenapa kamu ni ... B saja, bila nak dapat A ? Mael: Biasalah tu Cikgu ... tu Mamat C dan D memanjang Cikgu: Hai ... C-D, C-D ... apa nak jadi dengan kamu ni ? Mamat: Biasalah tu Cikgu ... tu Ayob F terus ! Cikgu: Ayob ... Ayob tiap merah saja ... tak fikir masa depan ke? Ayob: Biasalah Cikgu, datang sekolah juga. Tu yang Pengetua dok mengamuk ... ponteng sekolah memanjang apa cerita. Saya kira OK lah Usah bandingkan diri kita dengan mereka yang lagi teruk ! Mereka bukan contoh kita ! Dalam satu episod filem hebat Omar Mukhtar : Lion of the Desert, salah seorang pejuang Islam menahan dan cuba menganiayai salah seorang askar Itali yang ditawan kerana mahu membalas dendam. Omar Mukhtar menegurnya, "Jangan buat seperti mana apa yang mereka lakukan kepada kita, mereka bukan guru kita" (Guru kita ialah Rasulullah s.a.w). Siapa benchmark / kayu ukur kita ? Dalam apa jua pekerjaan kita sebagai pelajar, guru, pengetua, staf, bos, suami, isteri, anak, ayah, ibu, suami, isteri ... apa benchmark kita ? TO BE THE BEST or TO BE LIKE THE REST ?
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 23:28:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015