Bicara Bahasa: Kesalahan Struktur Ayat 1.Ayat Gabungan Ayat - TopicsExpress



          

Bicara Bahasa: Kesalahan Struktur Ayat 1.Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: SALAH / BETUL 1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? (X) > Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? 2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di Jelutong atau Sg. Ara. >Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di Jelutong atau di Sg. Ara. 3. Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu berjaya. 3. Baik yang kaya atau yang miskin semuanya mampu berjaya. 4. Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza. 4. Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza. 5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tidak mampu. 5. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tidak mampu. 2.Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Contoh: a. Kereta Pak Dollah itu terbabas. Contohnya: Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i.Kereta itu terbabas. ii.Kereta itu kereta Pak Dollah. b. Walaupun miskin, keluarga Mak Bedah bahagia. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut ini: i.Keluarga Mak Bedah miskin. ii.Keluarga Mak Bedah bahagia. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contohnya: SALAH / BETUL 1. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.(x) > Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. 2. Bangunan itu yang tinggi ialah Menara Kuala Lumpur. (X) > Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Kuala Lumpur. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: SALAH / BETUL 1. Kami berdoa kamu berjaya.(x) > Kami berdoa agar kamu berjaya. 2. Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain.(x) > Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’ Zain. 3.Ayat Tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh:Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang. Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’. 1. Di seluruh negara dilanda banjir. (X) > Seluruh negara dilanda banjir. 2. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (X) > Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. 3. Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.(x) > Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik. 4. Ada pihak membangkang cadangan itu.(x) > Ada pihak yang membangkang cadangan itu. 5. Dia yang datang kelmarin.(x) > Dia datang kelmarin. 6. Mengetahui hal itu saya membatalkanrancangan.(x) > Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. 7. Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran meningkat.(x) > Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. 8. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Pelajaran.(x) > Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Pelajaran. 9. Apakah perlu kita lakukan sekarang?(x) > Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? 10. Siapa kata saya berbohong?(x) > Siapakah yang mengatakan saya berbohong? 11. Peserta-peserta lulus saja akan dipilih.(x) >Peserta-peserta yang lulus sajalah yang akan dipilih. 12. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkanbahawa dia bersalah.(x) > Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. 13. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak bersenjata api sudah itu tumpas.(x) >!Beliau mengatakan bahawa perompak bersenjata api itu sudah tumpas. 14. Yang manakah betul?(x) > Yang manakah yang betul? 15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut.(x) > Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut. 5.Ayat yang Tidak Betul Susunannya Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku. KESALAHAN STRUKTUR AYAT 1.Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: SALAH / BETUL 1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? (X) > Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? 2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal diJelutong atau Sg. Ara.(x) > Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di Jelutong atau di Sg. Ara. 3. Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu berjaya.(x) > Baik yang kaya atau yang miskin semuanya mampu berjaya. 4. Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza. (X) > Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza. 5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tidak mampu. (X) >Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tidak mampu. 2.Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Contoh: a. Kereta Pak Dollah itu terbabas. Contohnya: Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i.Kereta itu terbabas. ii.Kereta itu kereta Pak Dollah. b. Walaupun miskin, keluarga Mak Bedah bahagia. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut ini: i.Keluarga Mak Bedah miskin. ii.Keluarga Mak Bedah bahagia. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contohnya: 1. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.(x) > Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. 2. Bangunan itu yang tinggi ialah Menara Kuala Lumpur.(x) > Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Kuala Lumpur. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: 1. Kami berdoa kamu berjaya.(x) > Kami berdoa agar kamu berjaya. 2. Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain.(x) > Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’ Zain. 3.Ayat Tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh:Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang. Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’. 1. Di seluruh negara dilanda banjir. (X) > Seluruh negara dilanda banjir. 2. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.(x) > Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. 3. Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.(x) > Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik. 4. Ada pihak membangkang cadangan itu.(x) > Ada pihak yang membangkang cadangan itu. 5. Dia yang datang kelmarin.(x) > Dia datang kelmarin. 6. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.(x) > Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. 7. Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran meningkat.(x) > Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. 8. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Pendidikan. (X) > Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Pendidikan. 9. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (X) > Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? 10. Siapa kata saya berbohong? (X) > Siapakah yang mengatakan saya berbohong? 11. Peserta-peserta lulus saja akan dipilih. (X) 11. Peserta-peserta yang lulus sajalah yang akan dipilih. 12. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkanbahawa dia bersalah.(x) > Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. 13. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak bersenjata api sudah itu tumpas. (X) > Beliau mengatakan bahawa perompak bersenjata api itu sudah tumpas. 14. Yang manakah betul? (X) > Yang manakah yang betul? 15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut. (X) > Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut. 5.Ayat yang Tidak Betul Susunannya Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku. Ini hari Azizah tidak datang. (X) >Hari ini Azizah tidak datang. Buku ini saya tidak mahu membaca.(x) >Saya tidak mahu membaca buku ini. Yang melukis gambar ini Zainallah.(x) >Yang melukis gambar ini Zainal. Yang memukul awak siapakah?(x) >Yang memukul awak siapa? Itu pen dakwat sudah habis.(x) >Pen itu sudah habis dakwat. Nora dan Nani baik berkawan.(x) >Nora dan Nani berkawan baik. Majalah itu saya tidak menyimpannya.(x) > Saya tidak menyimpan majalah itu. BAHASA JIWA BANGSA
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 17:13:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015