Bila masuk Jumaat semua kerja pulun sebab nak kejar weekend dari - TopicsExpress



          

Bila masuk Jumaat semua kerja pulun sebab nak kejar weekend dari individu, peniaga, syarikat dan kerajaan...hasilnya :- 1) Sepanjang masa urusan kehidupan terdedah kepada makruh dan haram jomfaham.blogspot/2011/03/hukum-berjual-beli-pada-hari-jumaat.html 2) Tahukah kita jumaat itu hari ke-6 dan sepatutnya hari keenam dan ketujuh adalah cuti- tapi kita memilih cuti pada hari sabtu ahad- tak ke bengong namanye memilih untuk berehat pada hari yang pertama dan terakhir dan bekerja ditengah-tengah, Ahad bermaksud hari No. 1 dan bagaimana negara nak maju kalau kita memilih hari No.2 bagi permulaan. 3) Majority penduduk negara ini Melayu beragama Islam tapi Agama Kristian yang diberi cuti untuk beribadat dengan tenang sedang kita jadikan Masjid port pasar Malam, makan Briyani Gum dan lain special yang lain dan paling terbaik port paling ajaib dan baik untuk tidur sebab letih berkerja walaupun 4) Betapa bodohnya kalau ikutkan logik kita bagi ceramah pada orang yang dah memang letih dan mengantuk, betapa Malangnya Malaysia yang langsung tidak menagungkan khutbah jumaat sebagai motivasi utk orang islam terus maju dan sebagai penyebar maklumat utk memajukan orang islam. 5) Hormatkah kita kepada penghulu hari iaitu hari Jumaat sedangkan kita sibuk urusan dunia tapi bercita-cita nak mati hari Jumaat dan malam Jumaat dan apa faedahnya kita merancang memajukan negara dari segi rohani, jasmani dan ekonomi kalau pensyariaatan sembahyang jumaat dan kebesaran hari Jumaat tidak diraikan.... 6) Berapa banyak budak-budak bertukar menjadi beruk semasa khutbah jumaat dan jadi ejen syaitan mengganggu jemaah..Syaitan cakap mak bapak diorang sembahyang kat opis senang sikit nak goda....wali takde, bagaimana perasaan kita kalau anak kita diculik orang tapi kena culik kat syaitan takde hal....tiap-tiap Jumaat syaitan didik diorang....tambah lagi dgn gadget dan internet kat rumah 7) Kita heboh pasal ramai orang Melayu jadi Kristian atau tukar agama, lepas tu siap tunjuk pandai nak selamat akidah la, bagi didikan agama la, buat ceramah perdana laa...yang khutbah jumaat tu manatang ape bukan didikan agama atau....siri Mingguan Sila Tidur Lagi 8) Berapa banyak amalan sunat Jumaat tidak dapat dibuat sebab kita bekerja berebut dgn matahari, matahari tak naik dah keluar matahari dah balik kita tak balik....kehidupan tak ubah burung merpati pagi cari makan dekat senja balik-anak kita sapa nak didik.....Astro, Candy Crush, FarmVille la jawabnye 9) Jika tidak kerana kita Umat Nabi Muhammad agaknya dah berapa ribu kali dah kita bertukar jadi beruk agaknya Kesimpulan- Orang yang bertanggungjawab menukar cuti dari Jumaat kepada Ahad agak-agak berdosa ke atau tidak sebab mereka buat ikut faktor ekonomi dan bukan kerana Allah ...dan merekalah yang bertanggungjawab menyenangkan syaitan untuk mengencing telinga dan bergayut di kelopak mata orang islam untuk senang tidur, membatalkan pahala jumaat, menggoda budak kecil supaya buat bising dan seterusnya mendedahkan umat islam kepada risiko hukum haramnya bermuamalat hari Jumaat dan rosak akidah dan membatalkan hikmah khutbah jumaat Wallauahlam
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 02:08:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015