Bismillah. Saat hati menjadi buta, saat itu mata yang celik - TopicsExpress



          

Bismillah. Saat hati menjadi buta, saat itu mata yang celik tidak berguna. Teringat ketika turun daripada LRT, saya terlihat seorang lelaki buta terlanggar tiang. Hati bermonolog, Aduh, tak sempat nak bantu. Rasa bersalah. Saya menyangka ada lelaki yang bantu lelaki buta tersebut. Tetapi ketika saya meninggalkannya kerana tergesa-gesa ke destinasi, masih tidak kelihatan lelaki yang sudi membantunya. ------------- Kisah Remaja Lelaki Buta Tidak Mahu Melihat ------------- Beliau seorang yang buta. Namun, ketika berdoa, beliau tidak minta untuk melihat semula. Jawapan beliau, When I pray, I dont want Allah to give me the ability to see again. Do you want to know why? Tanya Sheikh yang menemubual beliau, Why? Remaja itu menjawab, So that I may ask Allah to excuse me, on the Doomsday. So that me may make my judgement easier for me on the doomsday, and that He may reduct my tornment with this excuse. And then when I stay afraid between His hands, and He asks me, Why did you did with the Quran?. Maybe He eases my Situation then. He has mercy with who He wants. But Allah granted me the Quran and I also can go to any place alone, if I want. But my father worries about me. . Inspirasi Quran: Mengembara Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi, supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna), kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj: 46) Ayat Al Quran di atas menambah perisa semangat saya untuk tinggal di Australia. Semakin ghairah mahu mengembara. Kakak saya berhajat mengajak saya ke Korea setelah saya tamat praktikal, sekitar 18 April 2014. Biiznillah.
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 18:06:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015