Bisnes Kurma paling laris di pasaran 4 Julai 2013. PASTINYA - TopicsExpress



          

Bisnes Kurma paling laris di pasaran 4 Julai 2013. PASTINYA apabila tiba saja bulan Ramadan buah kurma yang halal, berkualiti, sedap dimakan dan harga berpatutan akan menjadi buruan orang ramai. Kini dengan lahirnya produk dari Syarikat Omni Mal Agencies Sdn Bhd iaitu syarikat di bawah bimbingan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), tiada lagi keraguan bagi pengguna memilih kurma yang terbaik. Kurma Mariami Piarum Gurun Emas adalah antara produk paling laris dijual syarikat itu yang mengandungi unsur zat besi dan kalsium paling tinggi. Syarikat tersebut juga menyediakan Kurma Gurun Emas Piarum di dalam tin yang senang dibuka dan mudah untuk disimpan serta dibawa ke mana saja. Selain itu, Omni Mal Agencies turut menghasilkan Kurma Habbatus Qurma, iaitu ciptaan syarikat itu sendiri yang menawarkan kurma disaluti lapisan minyak Habbatus Sauda. Pengguna juga boleh menikmati pelbagai jenis buah kering seperti kurma Safawi, Piarum, kurma berisi badam, buah tin dan buah aprikot yang dibungkus dalam bekas selamat dan bersih. Omni Mal Agencies yang berpusat di Pengkalan Chepa, Kelantan mendapat pengiktirafan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi produknya seperti buah kurma, buah tin, aprikot dan lain-lain jenis buah-buahan kering. Menurut syarikat itu, pada amnya buah buahan kering seperti kurma dianggap halal semula jadi kerana buah tersebut berasaskan tumbuhan semula jadi. Namun produk itu boleh berubah zat selepas melalui proses pengeringan dan pembungkusan. "Untuk mengekalkan keaslian buah kurma dan buah-buahan kering tersebut, kami tidak mencampurkannya dengan bahan pengawet atau gula. "Kami telah berjaya merealisasikan konsep Halalan Toyyiban yang meliputi pelbagai proses seperti kebersihan, keselamatan dan pembungkusan berpandukan kepada hukum syariah," menurut syarikat tersebut. Produk Omni Mal Agencies juga telah mendapat pelbagai pensijilan tempatan dan antarabangsa seperti Pensijilan Halal dari Jakim, pensijilan kualiti dan keselamatan makanan HACCP dan RvA (Netherland), GMP dari Codex Alimentarius dan ISO 9001:2008. S.H
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 14:34:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015