Blog pilihan petang hari: Pengawet tidak sah, pengawet - TopicsExpress



          

Blog pilihan petang hari: Pengawet tidak sah, pengawet berbahaya Teks: Nurzahwani Mohd Nor Wani Mn Mengekalkan makanan untuk tempoh masa yang panjang merupakan satu cabaran. Bagi yang baru mula menjalankan perniagaan berasaskan makanan dalam skala kecil, selalunya akan bermula dengan produk yang bebas pengawet makanan. Bagus bukan. Tetapi apabila mula meningkat jualan dan menjalan bisnes dalam skala yang lebih besar, pengawet makanan merupakan bahan yang dicari untuk memanjangkan tempoh hayat "GUNA SEBELUM ...". Khususnya bagi makanan basah seperti kek, roti, apam polka dot, acar, dodol, sambal tumis, dan lain-lain. Baik. Mari kenali pengawet makanan. Pengawet makanan adalah salah satu aditif, ditambah dalam makanan untuk mengelakkan aktiviti mikrob dan seterusnya memanjang tempoh hayat makanan dan mengelakkan makanan itu basi, tidak sedap, busuk, penyebab sakit perut, dan mendapat penyakit. Tapi sedarkah pengusaha makanan bahawa pengawet yang ditambah dengan menyalahi undang-undang yang ditetapkan juga boleh membawa penyakit?. Jadi, sebagai pengguna, mari kita tambah ilmu supaya kita dapat berhati-hati dengan bahan pengawet ini. Saya cuma berkongsi maklumat yang diperolehi dari pembacaan dan perbualan. Gambar hiasan Aditif makanan selalunya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Kehadiran aditif makanan dapat dikesan melalui label makanan. E-Number untuk pengawet makanan adalah pada nombor siri 200-299. Jadi, jika kita kesan di label makanan mempunyai E 211, itu maksudnya mengandungi pengawet. Namun, selalunya, pengeluar akan menulis label bahan pengawet berkenaan seperti asid benzoik dan sebagainya. Boleh lihat di sini. Pengawet makanan yang selalu digunakan adalah pengawet sintetik, kerana ia mudah disimpan, didapati, digunakan dan murah. Walau bagaimanapun tahukah anda sebenarnya bahan yang mudah didapati dirumah kita juga adalah bahan pengawet. Ini contohnya, bawang merah, bawang putih, sitrus, oregano, sage, thyme, cengkih, ketumbar, rosemary, pegaga dan senarai itu akan berterusan sejajar dengan penyelidikan yang dijalankan oleh saintis. Jadi, jangan kata pengeluar makanan tiada pilihan untuk memanjangkan hayat makanan seperti yang diinginkan oleh pengguna. Bagi mereka yang baru ingin mengeluarkan produk makanan sendiri, apa kata anda hubungi badan penyelidikan yang sesuai seperti MARDI, Pusat Penyelidikan di UPM, FRIM dan seumpamanya. Mungkin mereka dapat membantu anda mencari pengawet yang sesuai, halal dan thoiyiban. Apa terjadi jika pengawet makanan berlebihan?. Berdasarkan tulisan Dr Rahmat Awang dalam Utusan Malaysia bertarikh 9 November 1996, Asid benzoik yang berlebihan akan menyebabkan perkara berikut:- Kerengsaan perut Menjejaskan sistem saraf Bagi pesakit lelah dan ruam kulit (urtikaria dan ekzema), asid benzoik yang berlebihan akan memburukkan keadaan. Para hidroksi benzoat menyebabkan rasa kebas mulut Pesakit yang alah kepada pewarna azo seperti tartazin kemungkinan besar mempunyai alahan yang sama terhadap pengawet benzoat. Begitu juga dengan mereka yang alah dengan penisilin akan mengalami alahan pada pengawet benzoat. Contoh lain yang diberikan Dr Rahmat Awang adalah kesan penggunan pengawet nitrat dan nitrit yang berlebihan di dalam makanan. Pengawet nitrat dan nitrit atau dalam bentuk garam kalium dan natrium. Nilai maksimum penggunaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah 200mg bagi setiap 1 kg makanan. Pengawet nitrat dan nitrit selalu digunakan untuk mengawet daging dalam bentuk kering atau basah (dalam tin).
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 10:54:42 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015