Buta sejarah yang paling mendukacitakan. Hanya selepas lebih 1000 - TopicsExpress



          

Buta sejarah yang paling mendukacitakan. Hanya selepas lebih 1000 tahun, lahir generasi yang tidak kenal apakah binaan-binaan yang dikoreknya itu. Generasi apakah ini? ----------------------- “Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa,” katanya dipetik daripada akhbar The Star. Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995. “Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu,” katanya. Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.Saya yang sangat meminati subjek Sejarah zaman sekolah dulu sungguh terkejut membaca berita ini. Memang buta sejarah yang paling mendukacitakan. Candi Lembah Bujang yang pernah kita belajar dulu, sekarang hanya tinggal nama. Orang lain susah2 mengkaji, senang2 sahaja mereka robohkan. Salah siapa? Semoga hal sebegini tidak terjadi lagi. -----------------
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 07:04:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015