CATATAN TIDAK PULANG EVAKUASI #3 Pada kawan-kawan yang ada - TopicsExpress



          

CATATAN TIDAK PULANG EVAKUASI #3 Pada kawan-kawan yang ada beramal dengan satu amalan, dan dia rasa amalannya itu diterima oleh Allah, harap agar dapat mendoakan satu doa untuk saya melalui tawassulnya dengan amalan itu. Tawassul-lah dan Doakanlah supaya di Mesir ini diturunkan HUJAN. Moga dengan turunnya HUJAN itu, hati-hati manusia di sini akan kembali hidup dan sedar. Dulu, pernah kawan saya dari Palestin menziarahi saya di Madena Domyat Gadeda. Katanya, cuaca yang sejuk di sini, bau-bau laut yang basah, sangat mengingatkan saya pada Asqolan, tempat asal saya di sana. Saat itu, dia mengucapkan kata yang tidak mungkin saya lupakan, sampai bila-bila. "الجو يؤثر على أخلاق الناس" "Cuaca sangat memberi kesan kepada akhlaq manusia". Sungguh, ada benar yang besar dalam kata-katanya itu. Wahai langit, hujanlah dan basahlah! Dalam keadaan sunyi di dalam dan kalut manusia di luar, HUJAN itu sahaja, satu-satunya perkara yang sangat-sangat saya mahukan sekarang.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 19:05:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015