CINTAKU BUKAN UNTUK DIJUAL BAB 11 CHE INTAN duduk di atas - TopicsExpress



          

CINTAKU BUKAN UNTUK DIJUAL BAB 11 CHE INTAN duduk di atas kerusi empuk itu dengan riak wajah yang masam mencuka. Nomi yang masih setia berdiri di sisinya menunjukkan riak wajah yang takut-takut. Hampir terbeliak biji mata dia bila Che Intan tiba-tiba menarik tangannya masuk ke dalam restoran mewah tersebut. Nak patah tengkuk dia asyik menunduk aje dari tadi. Barangkali segan masuk ke dalam restoran tersebut. “Ada hal apa kau nak jumpa aku ni?” soal Che Intan kasar. Yusra hanya mencebirkan bibir. Ternyata dia menyampah yang teramat sangat dengan perangai orang gaji bapa saudaranya yang tak sedar diri ini. “Eh Nomi, buat apa berdiri aje? Takkan kau jadi bodyguard Che Intan pulak kot, duduklah,” perli Yusra bersahaja. Che Intan menjeling tajam. Laju Nomi mengambil tempat di sebelah Che Intan. “Err, Cik Yusra, kalau saya nak order air boleh? Dahagalah pulak,” pinta Nomi tanpa segan silu. Huh! Tak malu betul. Getus Yusra. Namun, secepat mungkin dia mengukir senyuman yang manis. “Boleh Nomi, orderlah. Nak makan sekali pun boleh,” pelawa Yusra dalam nada menyindir. “Eh, mengadalah kau ni Nomi. Kan tadi kita dah makan kat kedai mamak. Kau nak mencekik apa lagi kat sini? Banyak duit kau!” marah Che Intan. Nomi hanya mencebik mendengarnya. Alahai, dah dia suruh order, mestilah dia yang bayar. Apalah Che Intan ni, bebelnya di dalam hati. “Eh, tak apa. Nomi order aje. Saya belanja,” ujar Yusra. Baik nampak! Nampak sangat Yusra ni ada muslihat yang tersirat. Che Intan seperti sudah dapat menghidu sesuatu. Tidak pernah perempuan singa ni nak melayan mereka sebegitu. Bersinar-sinar mata Nomi mendengar kata-kata anak saudara majikannya itu. Tanpa berlengah dia melambai ke arah waiter restoran. Wah, berlagak macam orang kayalah pulak Nomi ni. Mentang-mentang dapat makan free! Pelayan restoran itu pun berlalu pergi setelah mengambil pesanan mereka. Ingatkan Nomi sahaja yang muka tak tahu malu, rupa-rupanya Che Intan pun tumpang sekaki. Tadi bukan main jual mahal sangat. Cis, apa pun tak bolehlah Che Intan ni. “Che Intan, dah berapa lama iye Che Intan kerja situ?” soal Yusra. “Hmm, apahal kau tanya?” soalnya Che Intan semula. Ewah ewah orang tua ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik, bisik Yusra. “Iyelah, saya just nak tahu aje. Dan banyak ke gaji yang bapa saudara saya bayar kepada Che Intan?” soalnya lagi tidak berputus asa. Misi harus diteruskan. Kelihatan Che Intan sedang mencongak-congak sesuatu. Dan Nomi, seperti biasalah. Dia memang tak suka masuk campur urusan orang lain. Dari tadi matanya masih meliar ke setiap pelosok restoran mewah tersebut. Mungkin dia bercita-cita nak buka restoran mewah macam tu kot, itu yang dari tadi tak habis-habis melilau aje matanya. Biarkanlah dia. “Aku kerja situ dari kau kecil lagi. Mungkin masih bayi. Iyelah, umur kau kan sebaya dengan Nashriq. Masa tu, Nashriq baru berusia Setahun lebih. Hmm.. tentang gaji aku tak pernah kisah pun. Asalkan cukup makan aku dahlah. Lagipun, apa yang selama ni Tan Sri dan Puan Sri bagi tu memang dah cukup sangat bagi aku,” jawab Che Intan. Yusra mengangguk-anggukkan kepalanya. Nampak macam perempuan ni tak kisah aje pasal duit. Tapi, kalau aku offer dia tawaran yang lagi tinggi, nak ke dia? Ah belum cuba belum tahu Yusra, bisik hatinya. “Dulu aku ada suami. Tapi suami aku tu penagih dadah. Puan Sri yang selamatkan aku. Itu pun dia jumpa aku dekat pasar borong Selayang. Masa tu aku tengah melilau-lilau nak cari makanan. Puan Sri pun baik hati. Dia belikan aku makanan dan tanyakan macam mana aku boleh hidup macam tu. Aku pun cerita. Lepas tu dia offerlah aku kerja sebagai orang gaji dekat rumah dia. Pada mulanya Tan Sri tak suka Puan Sri bawak aku kerja dekat rumah tu, tapi disebabkan mereka pun baru berpindah ke situ, dia terima juga aku kerja dengan dia, ” terang Che Intan panjang lebar. Entah bagaimana tergerak hatinya untuk menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupnya. “Oh, macam tu. So, sekarang mana pergi suami Che Intan? Dan Maya, anak Che Intan dengan suami Che Intan yang penagih dadah tu la ye?” soal Yusra dengan nada yang seakan mengejek. “Eh, bukanlah. Maya sebenarnya bukan anak aku,” balas Che Intan. Dia segera menekup mulutnya. Ya Allah, macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Che Intan panik. “Hah?! Maya bukan anak Che Intan? Habis dia anak siapa?!” soal Yusra agak lantang. Sehingga tersedak Nomi yang sedang minum itu. Nomi pun terkejut besar apabila mengetahui yang Maya bukan anak kandung Che Intan rupanya. Patutlah Che Intan melayan Maya macam anak tiri sahaja. “Errr… Eh Nomi, dahlah. Jom kita balik, lambat pulak kita sampai rumah nanti,” ujar Che Intan kepada Nomi. Dia mesti beredar dari situ dengan segera. Dia tidak mahu rahsia yang disimpannya selama ini akan terbongkar. Mereka pun bingkas bangun dari situ. Sempat lagi tangan Nomi mencapai beberapa biji muffin coklat yang masih belum disentuh oleh mereka.Amboi, Nomi ni kalau bab makan, memang nombor satu. “Nanti dulu Che Intan!” jerit Yusra. Dia tidak menghiraukan mata-mata orang ramai yang sedang memerhatikan mereka ketika itu. Che Intan dan Nomi masih berdiri serupa patung di tepi meja tersebut. Keras sahaja tidak bergerak-gerak. Barangkali kecut perut mendengar jeritan Yusra tersebut. “Duduk dulu! Banyak lagi perkara yang aku nak bincangkan!” arahnya Yusra kasar. Tajam matanya menikam ke arah kedua-dua orang gaji tersebut. Nomi menarik-narik tangan Che Intan menyuruhnya duduk. Che Intan tiada pilihan lain lagi. Dia dan Nomi duduk semula berhadapan dengan Yusra. Yusra pun tersenyum sumbing. Tahu takut ya. Baru kau tahu siapa Yusra ni, bisik hatinya dengan bangga. Che Intan hanya menundukkan kepalanya di hadapan Yusra. Tidak berani untuk bertentang mata dengan gadis sombong itu. Dia tahu selepas ini lebih banyak lagi rahsia yang akan dikorek oleh Yusra daripadanya. “Sekarang, aku nak tahu Maya tu anak siapa?” soal Yusra. Tajam anak matanya menikam wajah Che Intan. “Aku tak tahu!” jawab Che Intan. “Mana boleh tak tahu! Sedangkan kau yang jaga dia dari kecil kan? Lagipun, aku rasa Maya sendiri pun tak tahu yang dia tu anak angkat sahaja kan?” soal Yusra. Che Intan hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Yusra berang. “Baiklah, kalau kau tak nak bagitahu aku takpe. Aku akan korek sendiri rahsia ni sampai aku tahu siapa Maya yang sebenarnya. Sekarang, aku ada tawaran yang jauh lebih baik untuk kau,” ujar Yusra sambil tersenyum sinis. Dia tahu, wanita ini pun akan gelap mata kalau disogok dengan duit. “Tak payahlah kau nak ambil hati aku dengan tawarkan aku macam-macam. Aku tak hingin pun dengan duit kau tu!” Wah! Angkuh sekali jawapan yang diberikan oleh Che Intan. Yusra hanya mengangguk-anggukkan wajahnya. Tak apa, kau masih nak berlagak lagi dengan aku ya. “Kalau setakat kau nak hulur aku seratus atau dua ratus untuk dapatkan maklumat tentang Maya tu, baik kau lupakan ajela hasrat kau tu!” tambah Che Intan lagi sambil membuat muka sombongnya. Yusra tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut orang gaji itu. “Baik! Aku tawarkan kau 50 ribu, tapi... ada syaratnya,” ujar Yusra sambil melayang-layangkan cek tersebut di hadapan mereka. Terbeliak mata Nomi dan Che Intan melihat nombor yang tertera pada cek tersebut. Gulp! Banyaknya! Terasa kesat air liur yang ditelan oleh Che Intan. Nomi apatah lagi. Rasa nak tercekik pun ada. Terasa macam jantungnya berhenti buat seketika. “Hmm, aku tak berminatlah!” jawab Che Intan masih dengan sifat jual mahalnya itu. Nomi pula menyigung kuat siku Che Intan. Terkumat-kamit mulutnya berkata ‘ambil! Ambil!’ “Okey, kalau kau rasa tak cukup. Bagitahu aku, berapa yang kau nak, aku akan tambahkan dekat sini,” ujar Yusra lagi. Dia takkan berputus asa. Biar habis duit dia sekalipun, asalkan misinya untuk menyingkir Maya keluar dari rumah tu akan tercapai. Kelihatan Che Intan masih sedang berfikir-fikir akan sesuatu. “Baik! Apa yang kau nak? Tapi, aku nak kau tambah lagi 50 ribu atas cek tu. Boleh?” soalnya pantas. “Baik! Tapi kau dengar apa yang aku nak perkatakan ni. Dan kalau kau setuju dengan cadangan aku ni, duit ni akan jadi hak milik kau!” ujar Yusra. Che Intan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. “Aku nak kau berhenti kerja, dan keluar dari rumah tu. Bawak Maya sekali pindah dari situ!” arah Yusra dengan tegas. Hampir nak terkeluar jantung Che Intan mendengar permintaan yang dirasakan tidak munasabah langsung. Mana mungkin dia mahu keluar dari rumah yang menjadi sumber rezeki dia selama ini. Di situlah tempat dia makan dan berteduh sejak perisitwa dia melarikan diri dari bekas suaminya dahulu. “Tidak! Aku tak boleh keluar dari rumah tu!” bangkang Che Intan. “Kenapa pulak tak boleh? Kau tak nak duit ni?” umpan Yusra lagi. Che Intan serba salah. Sungguh berat permintaan ini. “Kenapa kau nak aku keluar dari rumah tu? Sedangkan itu bukan rumah kau, tapi rumah bapa saudara kau,” bicara Che Intan tidak berpuas hati. “Sebab aku tak suka Maya ada dalam rumah tu!” jawab Yusra. Terserlah api kebencian yang meruap-ruap dari ruang matanya. “Kenapa pula? Kau cemburu melihat kemesraan Maya dengan Nashriq ke?” provok Che Intan. “Cemburu? Jangan nak buat lawaklah. Nashriq tu sepupu aku, buat apa aku nak cemburu. Aku bukan ada apa-apa perasaan pun pada dia. Kami ni sepupu. Huh! Merepek!” nafi Yusra. “Habis tu?” “Sebab aku tak suka Maya tinggal di rumah tu. Selagi dia ada di situ, selagi tu hati aku tak tenang. Aku taknak dia bolot segala harta bapa saudara aku. Kau pun tahu yang Puan Sri lebih sayangkan Maya tu macam anak dia sendiri. Sebab tu aku nak tahu, Maya tu anak siapa sebenarnya?” soal Yusra dengan nada yang berombak-ombak menahan geram. “Hmm, itu aje ke? Tak ada sebab lain?” soal Che Intan. “Ya! Itu sahaja. Aku nak kau bawa Maya jauh dari Kl. Aku dah tak nak tengok muka dia dekat mana-mana pun. Boleh?” soal Yusra kembali. “Baik. Aku terima tawaran kau. Aku akan bawa Maya keluar dari rumah tu. Tapi ada satu syarat,” jawab Che Intan. Yusra tersenyum gembira. “Apa syaratnya?” “Aku hanya boleh bawa Maya keluar dari rumah besar itu, tetapi aku tidak boleh bawa Maya keluar dari Kl. Dan lagi satu, masa aku keluar dari rumah tu nanti, aku nak kau sediakan sebuah rumah yang selesa untuk aku tinggal. Boleh?” Wah! Cerdik juga rupanya Che Intan ni ya. Yusra berfikir sejenak. “Jangan risau, aku akan pastikan yang Maya tak akan muncul lagi di depan korang semua. Asalkan apa yang aku nak, kau boleh sediakan,” tambah Che Intan lagi memberi jaminan. Yusra mengangguk-anggukkan kepalanya. “Baik!” balas Yusra. “Oh ya... lagi satu,” tambah Che Intan. “Apa lagi? Cukuplah tu!” balas Yusra rimas. Banyak songeh pula dia! “Aku nak kau masukkan Maya ke kolej. Iyelah, takkanlah kami nak hidup merempat aje kan. Duit yang kau bagi tu pun, bukannya banyak sangat. Sekejap aje dah habis. Jadi, aku nak nasib aku terbela di masa akan datang. Maya tu bukannya pandai sangat. Tapi, sekurang-kurangnya itu sahaja yang dia ada. Untung-untung Maya tu boleh bawa tuah pada aku,” ujar Che Intan sambil ketawa perlahan. Macamlah lucu sangat. “Mengadalah kau ni, macam-macam pula yang kau minta. Habis, yuran pengajian dia siapa yang nak bayar?” soal Yusra. “Engkaulah bayar. Setuju atau tak?!” soal Che Intan tinggi. “Itu nanti aku fikirkan! Sekarang aku nak kau jalankan tugas kau dulu! Faham?” tinggi nada suaranya membalas. Geram dengan sikap Che Intan yang suka meminta-minta. “Baiklah, tapi ingat. Kalau kau tak tunaikan janji kau, aku pun takkan tunaikan janji aku,” ujar Che Intan sebelum menarik tangan Nomi dan berlalu pergi dari situ. Yusra merengus kasar.
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 07:19:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015