Catitan Pagi Rabu: Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan usaha - TopicsExpress



          

Catitan Pagi Rabu: Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan usaha saya untuk melaksanakan projek Diari Diet, dari awal idea ia diperkenalkan, dizahirkan atas kertas dan wordpad, sampailah ke hari kini, semuanya berjalan dengan baik (ada sikit2 rintangan tu biasalah, cuma kita kena teruskan dan jangan cepat mengalah), sambutannya juga amat menggalakkan, tak putus2 orang bertanya, membuatkan saya rasa bersyukur tak terhingga kepada Nya. Juga tak lupa terima kasih saya buat pengikut-pengikut setia blog susu sejat yang terus memberikan sokongan yang tiada berbelah bagi secara konsisten. Meskipun kini saya jarang mengemaskini blog dek kerana ada misi penting yang perlu diselesaikan menjelang akhir tahun ini. Tapi usah khuatir, saya akan pastikan kupasan2 berkualiti akan terus ditulis dalam blog selari dengan sifat ilmu yang tiada penghujungnya; pastikan anda terus setia dan "like" page ini untuk update entri2 terbaru. Inshaa Allah juga selepas ini, fokus saya adalah untuk menjadi penulis buku motivasi bertemakan kesihatan dan gaya hidup sihat pula. Rangka kasar buku tersebut sudah pun ada dalam kepala, dan saya bercadang untuk menulisnya dalam format semi-autobiografi berdasarkan pengalaman hidup saya dari zaman obese hinggalah saya yang ada pada hari ini. Tinggal kini untuk merealisasikannya di atas kertas, dan mungkin dapat diterbitkan seawal hujung tahun hadapan. Saya juga mengalukan mana-mana rakan penulis dan penerbit buku yang sudi untuk bekerjasama dalam merealisasikan penerbitan buku tersebut, Inshaa Allah! Sekali lagi, terima kasih Allah, terima kasih pada semua rakan2 pembaca, teruskan beramal dan mengamal (tip2 yang ada). Berjuang perangi obesiti! [Buat mereka yang bertalu-talu tanya tentang stok Diari Diet sejak semalam, ya, stok Diari Diet masih lagi ada, untuk menempah, boleh rujuk sisi kanan blog Sususejat untuk maklumat lanjut. Terima kasih]
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 03:26:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015